Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 12, 2010

Berpadalah Dalam Bercinta



•♫.•♥.••♫.•♥.• Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza.•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya . Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya.•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu. Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang. Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan.
Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman..tetapi lebih baik bercinta dan dikecewakan daripada tidak pernah merasa apa-apa...sekurang-kurangnye kita pernah merasa apa itu erti bahagia..dan apa itu erti deritaa...•♫.•♥.••♫.•♥.•


3 comments:

norzie said...

ermmm..cinta sejati oh cinta sejati

Anonymous said...

huhuhuhu...kak norzie diee..cm terkena kt batang idung jeee artikel niii...huhuhuhu...

Anonymous said...

its remind me to myself too...huh...