Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 25, 2009

Sungguh Menyedihkan Bila ada yg Ckp "Blog" Adalah Tuk Jual/Promote Diri..Tolong Laa..Buka Minda Sikit..



•♫.•♥.••♫.•♥.• Pernah tak ade seseorng gtau cmtu kt anda semua?? blog ni tuk promote /jual diri?? baru2 ni ade sorng member tu gtau cmni dkt sy..bila sy dgr ayat tu bengang je rasa...dia tau tak apa fungsi blog sebenarnye..bercakap main blasah jee..heran ade lagi orng yg berfikiran cetek camtu...padahal seseorng yg educated sepatutnye mempunyai pandangan yg lebih luas dan terbuka lagi dalm bab2 it..come on la..kita kt zaman cyber skg ni..sume guna teknologi it..not zaman purba kala...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Pernah tak die terfikir dgn teknologi it, termasuk blog leh buatkan seseorng jadik raya raya..jadik jutawaan...skg ni ushawan kita menggunakan blog / internet sbg platform untuk berniagaa..termasuk lah sy...kt sini kita leh jual produk2 kita dan juga kembangkan bisnes yg kita buat...lain2 pengiisan kt blog tu kalau ala2 peribadi sikit biasala..dah rumah kita kan..terpulang pada kita tuk mencoraknyee...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Actualy dr pengalaman sy sendiri melalui blog ni sy dapat ramai customer untuk koperasi yg sy uruskan..yg buat pembiayaan peribadi..dr blog juga ramai rakan2 firdausi yg sy kenali yg memerlukan bantuan..tuk kongsi masalah hidup dan sebagainyee..dr blog ni juga sy dapat ramai kwn..dan dr blog ni juga sy menolong mereka yg memerlukan mengikut kemampuan sy dgn cara yg tersendiri...itu pun dikatakan jual diri kee??? please la..jgn kolot sgt...pandang kedepna..bukak minda..jgn berfikiran sempitla...kalau tak tahu jgn bercakap seolah2 tahu segalanyee...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Kepada insan yg berkenaan tu hati2 lah dlm bercakap...lagi2 kalau kita tak tau apa2 psl sesuatu benda tu / dlm sesuatu perkaraa...jgn kuarkan statement yg bukan2 yg akhirnye memalukan diri sendiri...lagi2 kalau bercakap dgn orng yg terbabit dlm bidang tersebut / berkaitan...tnpa kita sedar kita dah menyakitkan hati orang lain...kan takde keje tu namanyeee...buat orng sakit ati lak...sy mmg bengang tul lah bila die ckp cmtu...sakit ati dengarnyee...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Apa2 pun lantak lah die...cma apa yg sy nk nasihatkan kt sini pada rakan firdausi dan juga diri sy sndiri..jgn memperlekehkan orng lain / apa yg orng lain buat..lagi2 kalau kita tak tau hujung pangkal cerita..Kepada rakan2 blogger & rakan pengunjung firdausi.."selamat hari raya aidiladha" ..raya tahun ni sy beraya kt bangi je...tak balik kg memandangkan ade perkara yg tak diingini berlaku...so terpaksalah berkampung kt sini..apa2 pun moga semua gembira menyambut aidiladha yg akan disambut besok hari...selamat balik kg dan selamat kembali semula...wasssalam..•♫.•♥.••♫.•♥.•

Adab Minum Rasulullah



Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.



Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk :

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan
ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan
bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.




Tempayan Nan Retak


•♫.•♥.••♫.•♥.•Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing
bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada
bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu
hanya dapat membawa air setengah penuh.
•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.•Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat
membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu
saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana
dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak
yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaanny a dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.•Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, •♫.•♥.••♫.•♥.•

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf
kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

•♫.•♥.••♫.•♥.•"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah
air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah
majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan
itu.•♫.•♥.••♫.•♥.•

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, ia berkata,

"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang jalan."


•♫.•♥.••♫.•♥.•Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan
dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,
dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia
kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali
tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.•♫.•♥.••♫.•♥.•

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

•♫.•♥.••♫.•♥.•"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si
sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang
tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku
memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang
jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu
mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik
bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu
sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias
Rumahnya seindah sekarang."•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.•Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan nan retak. Namun jika kita mahu, Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasi-Nya. Di mata Allah yang bijaksana, tidak ada yang terbuang percuma begitu sahaja..hatta setitis air sekalipun..Oleh itu Janganlah kita takut akan kekurangan diri kita. Kenalilah kelemahan kita..Ketahuilah,sesungguhnya di dalam kelemahan, kita akan temui kekuatan kita.•♫.•♥.••♫.•♥.•