Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 2, 2009

GLAMOURNYE PENYAKIT H1NI SKG NI??MARILAH KITA SAMA2 AMIK LANGKAH BERJAGA-JAGA..


Salam pada semua..skg ni makin heboh dan hangat diperkatakan pasal penyakit H1N1..penyakit yg makin merebak ni mmg merisaukan kita semuaa..yelaa sbb dia senang sngat berjangkit..dan silap aribulan membawa pada kematian walaupun kita tau kalau dah sampai ajal tu akan meninggal juga..yg lain tu penyebab je..tapi kita kena elak sesuatu yg kita tau akan dan boleh bawa mudarat pada kita awal2 lagi..dan ambil langkah pencegahan dan berjaga2..agar kita tidak terlibat sama..


Skg ni kalau nk g bercuti ke..atau pegi program kt tempat2 yg mmg ramai orng pun kena fikir byk kali / hati2..yela orng cakap malang tak berbau...cuma apa yg penting kita doa la byk2 agar Allah lindungi kita dr terkena jangkitan penyakit berbahaya ini disamping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan ini..i'alah akan selamat...

Sehingga ari ini 2/8/09 kes H1N1 di negara kita telah mencatatkan sebanyak 1390 kes ( 816 kes adalah jangkitan tempatan dan 574 kes jangkitan import )..data ni dipetik dari metro ari ni..dan arini budak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia akibat virus ini..

Disini sy ade sertakan sedikit sebanyak artikel2 yg sy ambil dr sumber internet tuk tatapan teman firdausi berkaitan penyakit ini..tuk jadik panduan kita nanti...

INFLUENZA A (H1N1)(1)Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.


(2)Negara manakah yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain termasuk Malaysia.


(3)Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip kepada selsema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selsema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.

(4)Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Apabila pesakit itu batuk atau bersin, titisan air pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit/ permukaan objek atau tersebar terus ke udara. Seterusnya, jangkitan boleh berlaku dengan cara menyentuh tangan pesakit atau dengan menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan titisan cecair pesakit itu tadi. Selain itu juga, jangkitan boleh berlaku melalui pernafasan.


(5)Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada khinzir kepada manusia?
Tidak.


(6)Apakah nasihat kepada orang ramai yang dijangkiti virus ini?

SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin untuk mengelakkan jangkitan kepada orang ramai.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
Hadkan hubungan dengan orang lain.
Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.


(7)Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit tersebut. Namun begitu, kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.


(8)Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
Elakkan berada di tempat awam yang sesak.
Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
Amalkan cara hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.


(9)Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada penyakit ini?

Belum ada.


(10)Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.