Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 31, 2015

RAHSIA KEKAYAAN -JAGA HUBUNGAN DGN YG MAHA KAYA-PRKONGSIAN KISAH DR SESEORANG

1/6/15...isnin..selangor...

Sharing....perkongsian dr seseorang...

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?
Kisah benar 12/8/2014
Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,
"Kereta bos ke tu?"
Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...
"Dari mana bos?"
Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?
Consultant jawabnya.
Oooh...
"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.
"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.
"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.
Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,
"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..
"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,
"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.
"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,
"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"
Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"
Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,
"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"
Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. 

 Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,
"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.
Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya, 

"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.

"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh memba
wa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.
Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.
InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.
Sampaikan...
Sllu kita akn tya apa rahsia utk kaya...tp kita lupa utk jg hubungan dgn Yang Maha Kaya...
Peringat utk diri sdri n kwn2 yg bakal kaya.

PESANAN CARA BERNIAGA HASSAN AL BASRI-JGN KUTIP HUTANG & JGN KENA MATAHARI..BILA DAH BUAT KNPA RUGI??OHH TRSILAP FAHAMAN RUPANYA..MAKSUD SBNAR SIMBOLIK KATA2 INI ADALAH...


1/6/15...isnin..selangor...

2 PESANAN HASSAN AL BASRI KPDA ANAKNYA...

#alkisah
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak le laki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

***************************************************************************

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".


BERCINTA KERANA ALLAH


1/6/5..selangor...isnin...

BERCINTA KERANA ALLAH...

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya,..
“Suamiku, apakah engkau mencintaiku?”

Beliau menjawab, “Ya tentu saja,dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”

Mendengar itu,isterinya bertanya lagi
 “Apakah engkau juga mencintai Allah?
 Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” 

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.

“Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya,  memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

note :
indahnya hidup jika segalanya kerana Allah...indahnya hidup bagi mereka yg mengenal Allah...awaluddin makrifatullah...awal2 agama adalah mengenal Allah... moga kita semua mampu berbuat demikian...

Friday, December 12, 2014

ADAKAH ZAMAN YG PATUT DISALAHKAN BILA ANAK2 TDK LAGI TAHU MEMASAK & MEMBANTU IBU AYAHNYA?? PABILA ANAK2 BERPAKAIAN MENJOLOK MATA & DEMAND PELBAGAI BENDA???ADAKAH ZAMAN YG SALAH???



Salam tuk semuaa…pagi ni sy terpanggil tuk kupaskan isu ni atau menulis berkaitan dgn tajuk ni pabila berlaku beberapa perkara kebelakangan ini..ini hnya sekadar sedikit pandangan dan penulisan peribadi sy ttg isu ini yg agak tidak selesa tuk sy mendengarnya pabila seringkali shaja kebelakgan ni pabila isu anak 2 terutama ank perempuan yg telah meningkat usia belasan tahun dan keatas.. tapi masih tak tahu nak masak apa/ xboleh lagi membantu ibu bapanya tuk urusan kt rumah… bila seseorng mngadu anaknya tdk membantunya..lagi 2 disaat dia tk berapa sihat..bila ditanya..anak dia xtol masak / tak bantu ke ?jawapan dia agak simple…biasala tie..budak2 zaman sekarang..dlm hati sy tertanya2..budak2 zaman sekarang?apa kaitannya dgn zaman kalau setakat nk masak / tol mak ayah kt umah..??nonsense..tak masuk akal betul..maaf cakap..


anak2 ni ibarat kain putih…dan kita sebagai ibu bapa /pnjaga yg mencoraknya..jika tdk diajar dr kecil/dari awal semua tu mmg diaorng tak tahu buat…ibarat kata..kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..jgn kita asyik nk salahkan zaman jee..bila anak2 tak tahu nk buat semua tu..nk masak nasi dn benda2 simple2 pun tak tahu..nk tol mak pun xbole..sama juga anak lelaki…please..sblm kita menyalahkan zaman yg menyebabkan anak2 kita jadi begitu,bole tak kalau kita diam seketika..renungkan balik..renung jauh2..adakah pernah diusia kecil anak2 kita, kita dh didik dia tuk bantu mak ayah dia dn tol kita apa yg patut..buat ikut kemampuan dia dgn usia dia yg kecil tu..pernah x?



jujur pada diri sendiri..atau adakah dari kecil lagi kita hnya biarkan anak kita main dgn game..internet..whtsapp..fb dn telefon bimbit semata2??biarkan mereka hnya dgn dunia persekolahan mereka tanpa berbuat apa2pun hatta cuci pinggan mangkuk yg diaorg makan sekalipun…adakah dgn cuci pinggan mangkuk yg diorg mkn tu mnyebabkan diaorg gagal exam?? Adakah dgn bantu kita dgn perkara yg simple2 dirumah membuatkan diaorg jadi bodoh??no…jwapannya tak..bkn itu penyebabnya…bagaimana kita didik mereka..bgitulah hasilnya…sbb mereka bermula dr kecil dgn tdk tahu apa2..membesar dgn apa yg diberikan padanya dan persekitarannya…



Bagaimana dgn didikan agama mereka??pegangan mereka..ia bermula dr rumah..bagaimana kita sbg ibu ayah…adakah kita sendiri amat mnjaga solat 5 waktu??perkara2 wajib dlm agama..adakah kita sendiri sentiasa mnjadikan alquran sbg pedoman dan halwa telinga kita..biasakn baca quran dirumah ke kita?bagaimana pula dgn pendapatan kita..rezeki yg kita cari??adakah dari sumber yg halal??adakah kita tdk pernah curik masa bekerja dgn ponteng dan menggunakannya tuk urusan kita yg lain diofis?adakah kita selalu/ pernah tipu claim overtime?/terima rasuah atau menipu?kalau kita pernah buat semua tu..atau salah satu..atau lain perkara yg tak sepatutnya..muhasabahlah diri kita semula…bertaubat sblm terlmbat..belum terlambat lagi tuk kita berubah..stop skg..benda tu mybe bg kita benda yg kecik atau remeh temeh..tetapi dia akan beri kesan yg besar pada akhlak kita dan anak2 serta hubungan kita dgn tuhan sbb tu akan menjadi darah daging kita..


Kalau lah semua tu tak penting kenapa Allah menyuruh kita mencari rezeki yg halal dan berkat??ia berkait rapat dgn sikap anak2 dn kita sendiri..jgn salahkan anak2 kalau kurang ajar dgn kita kalau semua perkara wajib kita masih tak buat dn tak tinggalkan lagi perkara yg tak elok..jgn asyik disalahkan zaman je..anak2 kita pakai tak cukup kain..salah zaman juga ke??tu bkn salah zaman..kurang didikan agama dlm diri mereka..tiadanya pengisian alquran dan rohani..bagaimana mereka nk berubah kalau kita sendiri belum berubah??bagaimana mereka tak tgk tv waktu magrib dn tak solat mgrib klau ibu bapa mereka sendiri diwaktu itu sdng mengadap televisyen walaupun dh bersolat..atau sama2 lewat solat..
 jgn nk mnyalahkan zaman semata2 kalau kita belum laksanakan tugas kita..


sy tahu bkn mudah tuk mendidik anak lagi2 zaman canggih ni..dgn mak ayah sibuk bekerja dn sebagainya..tp tulah peranan kita sbg mak ayah..tanggungjwab yg perlu kita pikul..bukn mudah..berat..itulah juga sbbnya Allah jadikan alquran sbgai panduan..nabi kita..hadis nabi dan sebagainya..tuk kita gunakan tuk didik anak kita..alquran sesuai tuk semua zaman..Allah yg cipta kita..Dia tahu apa lemah kita..tak kiralah zaman bila..sbb tu lah diturunkan panduan dan peraturan dariNya sendiri..bkn tunggu  manusia yg cipta..insyaallah..kalau benar2 dlm hidup kita..kita ikut perintah agama..apa yg digariskan kita mampu tuk lahirkan anak soleh dan solehah dgn izin Allah..kita hnya ikhtiar..berusaha tuk mngikut apa yg digariskan..insyallalah kalau jiwa anak2 kita mantap dgn pengisian rohani dan alquran..kita sendiri pun sama..hubungan dgn Allah ok..Allah akan bantu kita..akan jaga kita sekeluarga..akan lindung kita…


bkn mangga besi..security yg mampu mnjaga kita selama ni…tapi Allah yg jaga kita..Cuma sebagai hamba kita sempurnakan ikhtiar tuk letakkan mangga besi..security dll sbg usaha kita..tapi kna sentiasa ingat..yg mnjaga kita…mnyelamatkan kita hnya Allah..bkn semua tu..ade ke kudrat kita kalau bkn dgn izin Allah?takkan bergerak sezarahpun tanpa izin Allah..kita ni tiada daya upaya apa2..jadi sentiasalah minta pertolongan dan bantuan dari Allah..perlindungan dr Allah..tapi jgn berdoa semata2 je…usha dan ikhtiar je la sbb kita ni hmba..khalifah..

sy suka tuk ambil kisah dr seseorang yg sy kenal..dia mempunyai anak kecil lelaki..dan dia mmg sibuk berniaga..tetapi anknya yg seusia 2 tahun tu sdah pandai tuk hanger bajunya sendiri dialmari kecilnya yg ibunya belikan..dn dia tak bg org lain hanger bajunya tu..ibunya belikan dia penyangkut baju kecil yg sesuai tuk dia..dn bila ibunya siap angkat jemuran dll dia akan ambil bajunya dn sidai sendiri dlm almari dia..tak bg ibu dan ayahnya sidai..bila ibunya sibuk meniaga..jaga nasi dan lain2..

dia dh bole tol ibunya angkat bakul kecil nasi tuk bagi pada ibunya..tanpa ibunya suruh / minta..dia buat sendiri..bila masuk waktu..bila lihat ibunya bersolat..dia turut amik sejadah bersolat sma..tapi ala2 budakla..mna pndai lagi 2 tahun..tapi xpela..kurang2 dia dah tahu dan dah biasa..bila nenek dia sakit kepala..xde org waktu tu..si kecil itulah yg pg bilik air..ambil air satu bekas kecil bg kt neneknya dan sapu kt wajah neneknya itu..kemudian selesai basuh muka dibuang kembali air tadi dlm bilik air..ibu mana yg tdk sejuk hati punya anak yg sebegini ?diusia 2tahn sudah pndai membantu ibunya dn mngurus dirinya..dah pndai nk makan baca bismillah dulu walau tak jelas..ade msa dia tgk tv juga..cite kartun dia..pegi taman main2..kdg2 main game..tapi semua tu terkawal..ade masa tertentu je..



Apa hala tuju dan yg kita inginkan dlm hidup kita sebenarnya???kemana kita akan pergi akhirnya??kepada siapa kita akan kembali akhirnya??Allah kan? So..adakah setiap amanah yg diberikan pada kita hnya skdar amanah..tdk dipersoalkan??mana mungkin tidak dipersoalkan..pastilah ade..cubalah yg terbaik..belum terlambat tuk kita berubah dan baiki semua kesilapan kita..tdk ade manusia yg tak pernah lakukan kesilapan dn kesalahan…

kdg2 desakan hidup..tuntutan hidup dgn kos yg semakin meningkat mnyebabkan kita sbg ibu bapa sibuk bekerja dan tidak smpat tuk mnguruskan anak2 kita..tpi kita harus ingat..tugas kita bukan hnya bg mkn minum..pakai..tuk anak kita semata..tapi mendidik..mendidik mereka mnjadi muslimim dan muslimat yg sejati…dgn lupa..mngadulah kita pada pencipta kita..iaitu Allah..kan DIA PEMILIK REZEKI..PEMILIK KEKAYAAN..PEMILIK KETENANGAN..PEMILIK HATI…YG MAHA KAYA..PEMILIK SEGALA2NYA..tak ingin ke kita rapat dgn YG MAHA KAYA..?YG MAHA MEMILIKI SEGALANYA..??sedangkan skg ni jadi kwn pada org brharta dn berpangkat pun kita dh suka dan tumpang senang dgn macm2 perkara..tu pn dgn izin Allah juga..manusia kan tiada kuasa apa..tiada kudrat pun..



KALAU DGN YG MAHA KAYA..PEMILIK KEKAYAAN.. masakan kita tak nak disyangi..tak nak rapat??pasti kita akan dapat apa yg diingini selagi dalam pandanganNYA baik tuk kita kalau kita rapat dgnNYA..iaitu dgn ALLAH YG MAHA ESA..MAHA KAYA..PEMILIK KEKAYAAN DAN SEGALANYA..kita takkan mampu tuk berbuat sesuatu tanpa pertolongan YG MAHA ESA..termasuklah tuk dapatkan rezeki.. mendidik anak kita..mintalah bantuan ALLAH tuk bantu kita dlm mendidik anak kita dlm dunia yg serba moden ni..juga dlm mendidik diri kita sendiri yg kadang2 alpa dan leka…jgn kita menjadi hamba dunia dan hamba anak2..tapi kita adalah hamba tuhan..khalifah dimuka bumi ini…

Maafkan sy jika ada yg tidak senang..marah..tidak puas hati dgn artikel yg saya tulis ini..sy pn manusia biasa yg tdk sempurna dan byk lakukan kesilapn dan kelemahan..yg masih belajar tuk perbaiki diri tuk mengenal diri..mengenal Ilahi..sy sekadar ingin kita semua merenung jauh2..muhasabah diri…jgn salahkan perkara lain..zaman dn lain2 diatas segla yg kita tdk ingini berlaku..sama2 kita tilik diri..perbaiki diri dgn Ilahi..BILA KITA JAGA HUBUNGAN KITA DGN ALLAH..ALLAH AKAN JAGA HUBUNGAN KITA DGN MANUSIA DAN MKHLUK LAIN…moga ade sedikit mnfaat tuk kita semuaa..sekadar sedikit ingatan tuk diri sendiri dan rakan2 semua…moga2 kita mampu mnjadi insan yg lebih baik..dan mampu memiliki anak yg soleh dan solehah..insyaallah..amin Ya Robbal alamin…

Wednesday, September 10, 2014

KENAPA AKU MENOLAK LAMARANNYA ?? & APAKAH FACEBOOK TEMPAT TUK DI POST SEGALANYA

Bismillah...sepatutnya post ini sy postkn semalam..tapi xberkesempatan..so pagi ni sy just postkan..moga bermanfaat tuk kita semua...antara sebab kenapa perempuan menolak lamaran.. 



sekadar coretan diwaktu ptg..pasti ade diantara kita mempunyai pelbgai cerita dn kisah..yg bujang dgn cara bujng..yg kwin dgn cara org yg berkahwin..klau xnikah lg..selalu je org akn tnya..knpa awak xkawin lg?jwpn yg simple.. blum smpai jdoh lg/blum jumpa yg sesuai lg..kdg2 dh brjmpa yg sesuai..tp sikap dia belum ckup matang tuk memikul tanggungjawab sbg suami kita..

xberkahwin tdk brmakna xde lelaki yg nak/melamar kita…tetpi kdg2 byk faktor yg mebuatkan kita menolak lamaran dia..kdg2 ade yg mmg ade pasangan.. dn pasangan dah melamar..ajak nikah..tapi still hati kita menolak dia..pasti ade alasan..tdkkah lelaki trsebut brfikir knpa org yg dia syg menolak dia??

kdg2 sbg seorg perempuan..kita mmg sygkn seseorg..tpi ada kla sikap dia yg tidak pndai menjaga hati kita..yg tdk tahu batasan diri membuatkn kita brfikir beratus kali tuk menerima lamaran dia..macam mna dia nk menjaga kita klau diri sendiri tak terjaga..macam mna dia nk membimbing kita..sekiranya dirinya sndiri pn tak terbimbing..kita tdk mngharapkan seseorg yg warak/alim tuk mnjadi suami kita..sbb kita sdar siapa kita..tpi sekurang2nya biarlah seseorg yg mmg tahu batas pergaulan dan hukum hakam..

facebook mrupakan salah satu dr medium yg selalu digunakan tuk diluahkn perasaan oleh kbykn kita pada hari ini..tpi adakah fb merupakan tmpt kita mncurahkn segalanya?? supaya satu dunia mengetahuinya.. berpada2 lah kita dlm berbuat sesuatu..kdg2 disebabkn fb boleh brcerai berai dn brgaduh diantra pasangan..

apa perasaan kita..kalau asyik melihat pasangan kita berselfie..brgambar difb dgn pompuan lain..berdua je?masih ade hati lg ke kita tuk menerima lamaran dia?jgn salahkn pompuan jika menolak lamaran awak..xnikah lagi..dh mcm ni..xjaga hati kita pun..blum nikah pn dh mcm2..keluar berdua.. brgambar dan post gambar yg brdua2an dkt fb..selfie xslh tp klo bukan ngn mahram bgai mna?apa tujuan kita? tuk seronok? kenangan? tuk tambahkan dosa?tuk ditunjukkan pada siapa sebenarnya?bnggakah kita dpt berbuat bgtu??

sdgkn kita bkn suami isteri..dah buat bnda salah..jgn nk dicanang pada satu dunia..xperlu berbangga pun..xperlu ditayang2..bila di post di fb gambo kita berdua2 dgn bkn mahram..seolah2 berbanga dgn dosa yg kita buat..Allah xsuka org mcm ni..ckup2 lah tu..berfikirlah dulu sblm berbuat sesuatu..fb bkn tmpt tuk diluahkan segalanya..bkn tmpt tuk ditayang apa yg tdk perlu..stiap apa yg kita postkan akn dipersoalkn nt..tdk perlu tambah dosa percuma..berpada2 lah kita..skdr tuk ingatn diri sndiri dn juga teman2..

Note: tuk kaum lelaki..kdg2 menolaknya seseorg perempuan akn pinangan anda../berdolak dalihnya dia dgn lamaran anda..bkn krna dia tdk syg anda..tapi krna anda tdk matang.. ade sikap anda yg masih membuatkn dia tdk yakin dgn anda..dia belum yakin anda mampu mnjadi suami buat dirinya..ade sikap yg tdk disenanginya.renungkan2 kanlah.. sma2 lah kita berubah kearah yg lebih baik..

Friday, July 18, 2014

BERSYUKUR DARI HATI MENJEMPUT REZEKI DAN MEMPERMUDAH URUSAN..PERBAIKI DAN JAGA HUBUNGAN DGN ALLAH..ALLAH AKAN JAGA URUSAN KITA-7 GETARAN KESYUKURAN

BISMILLAH...DGN NAMA ALLAH...

salam buat sahabatku...moga artikel kali ini dapat di publishkan..insyaallah..dgn izin Allah..sudah byk kali sy ingin sharekan terapi kesyukuran di laman firdausi ini tetapi ade je halangan...insyaallah moga kali ini berjaya dikongsikan...

pasti ramai diantara kita mengahadapi pelbagai masalah dlm hidup..duit xlekat..xckup..ade je yg kuar..hubungan dgn org xok..family sakit...maslah tmpat keje..mslah ngn bos..msalah ngn jiran..hati tak tenang..mcm2 lagi..kadang2 kita tak tahu sbb apa punca kita jadi macm tu..sy sekadar ingin kongsikan sedikit perkongsian disini..moga2 ade perubahan dlm hidup kalian semua..dgn izin dan bantuan Allah..biasanya hidup kita masih byk bermaslah sbb kita masih bermasalah dgn Allah dan tak bersyukur..pasti ramai diantara kita ckp sy bersyukur..selalu ckp alhamdulillah bila dpt sesuatu nikmat...tapi sbnrnya kita tak bersyukur dr hati lagi yg sebenarnya..syukur adalah gembira dgn sesuatu perkara yg kit a sukai / tidak...



insyaallah bila kita bersyukur dari hati dan betulkn beberapa perkara yg pnting..ade perubahan dlm hidup kita....antaranya ::

1-Betulkan niat kita...buat sesuatu semuanya SEMATA2 KERANA ALLAH..datangkan dgn hati..bkn setakat ucpan semata..solat kerana Allah bkn pahala.. sedekah kerana Allah bkn tuk murah rezeki..solat duha kerana Allah..bukan tuk jemput rezeki...kejarlah pemilik kekayaan iaitu Allah...bkn kekayaan...kejarlah pemilik rezekiiaitu Allah bkn rezeki..jika kita mndapatkan cinta pemilik kekayaan..rezeki dll nya kita akan dp semuanya...rezeki akan dtg pada kita...(tapi usaha tetap usaha la..jgn tk keje dan tak usaha  plak..tu tanggungjwab kita...)

2- JANGAN PERNAH RASA MEMILIKI...jgn rasa kita yg punya..sbb semuanya bkn kita yg  punya..Allah yg punya..anak...rumah..harta..isteri..suami..apa lagi..mcm2 lagi kan..Allah bg   pinjam  je kt kita..slama ni kita tahutapi dibibir shaja..tak letak dihati dan fikiran kita..qalbu kita..semakin kita rasa tdk memiliki semakin kita akan rasa ringan dgn hidup ini..tadk akan  bersedih sbb bkn yg kita punya..kita tak de apa..

3- jika dipuji pulangkan pujian itu pada Allah...hebat itu milik Allah..bijak itu milik Allah..cantik itu  milik Allah...contoh org ckp :waaa..hebatnya ko buat bangunan ni...jwblah 
subhanallah..hebat   itu milik Allah..terima kasih...selagi kita rasa hebat itu kita..ilham/idea tu dr
akal kita..cantik tu kita..tanpa kita sedar Allah akan tarik blik semua tu dr pelbagai cara..walau 
susah tuk lakukan..marilah sama2 kita cuba buat..praktikkan...

4- BERSYUKUR DARI HATI...antara sbb kita tak syukur rezeki kita Allah tarik blik...kereta rosak lah..kna byr tu lah..bayr ni lah..kuar byk masuk..byk kuar..salah satu sbb adalah sbb kita tak bersyukur..tak bersyukur dari hati...sy akan share 7 getaran kesyukuran nt...terapi  kesyukuran..terlalu byk nikmat Allah yg pertlu kita syukuri..bkn 7 je..ni adalah salah satu terapi tuk kita tuk mendidik diri dan hati bersyukur dari hati...syukuri dari sekecil2 nikmat kpda sebesar2  nikmat..hatta kita dapt mkn nasi ayam sekalipun..syukur pada Allah..semkin kita  syukur sekecil2 perkara semkin Allah tambahkan rezeki...

5- DIHATI BIAR CINTA PD ALLAH LEBIH BYK DR MAKHLUK..LEBIH BYK INGAT PADA ALLAH DARI MKHLUK..INGAT DAN SYG  MAKHLUK SEADANYA SHAJA...JGN LEBIH DARI ALLAH...


7 getaran kesyukuran...buat selama 40 hari berturut2..miss sehari mulakan dr awal blik..sebaiknya dilakukan selepas solat subuh..atau waktu pagi..kalau tak sempat boleh dibuat waktu lain..janji hari yg sama..nyatakan/ahirkan 7 benda yg kita syukur..yg berbeza setiap hari...jgn copy paste..tulis satu satu..nk tulis dlm buku pn boleh..nk share kt group whatsapp/fb pn bole..blog pn bole..tu yg sebaiknya..share apa yg kita syukuri tu...BUAT DARI HATI...zahirkan dari hati kita..nt sy akan tunjukkan contoh...jika kita bersyukur dari hati dan jaga beberapa perkara yg sy gtau tu..

INSYAALLAH..DGN IZIN ALLAH.. PERUBAHAN BESAR BERLAKU DLM HIDUP NT..HIDUP LBH MUDAH..MSALAH SETEL.HUBUNGAN DGN MANUSIA AKAN OK..HIDUP LEBIH TENANG..REZEKI MELIMPAH RUAH DATANG PADA KITA...HUTANG BOLEH SETEL....

sy tak nak ckp lebih2..sy nk korang buat sendiri dan rasakan...perubahan akan dirasai bila buat dari hati..sikap kita akan berubah sama nt..TAPI INGAT!!! BUAT KERANA ALLAH..NK BERSYUKUR PADA ALLAH..BETULKAN NIAT DULU...TIAP KLI NK BUAT APA PUN..



contoh 7 getaran kesyukuran :

7 getaran kesyukuran: 

 1-ya Allah ya tuhanku aku sangat bersyukur di atas nikmatmu hari ini kerana masih dipinjamkan nafas untuk menikmati udaramu..msh berpeluang utk meneruskn khdupn ini.. 

 2-ya Allah ya tuhanku aku sangt bersyukur diatas nikmatmu hari ini kerana dipinjamkn sepasang mata utk menikmati keindahan wajahmu..utkku melihat keindahan alam ciptaanMu ini..memudahkn urusan khdupn ku..tetapi ya Allah..kdg2 mata ini memndang perkra yg tdk Kau sukai dn tdk Kau redhai..ampunkanlah dosa mata ini ya Allah.lindungilah ia..aku tdk mampu tnpa bntuan drMu..

3- ya Allah ya tuhanku aku sangat bersyukur diatas nikmatmu hari ini krana masih dipinjamkn 2 kaki yg membolehkn diri ini berjalan mnjalani khdupn harian..beribdat pdMu..ke majlis2 ilmuMu dn ke rumahMu..brjlan tuk menikmati keindahan alam ciptaanMu..tetapi ya allah kdg kala kaki ini melangkh ke tempat yg tdk Kau sukai..ampunilah ia ya Allah..dn lindungilah ia..aku tdk mampu tnpa bantuanMu ya Allah.. 

 4-ya Allah ya tuhanku aku sgt bersyukur diatas nikmatmu hari ini kerana Engkau sentiasa mendengar rintihanku..doaku..dn sentiasa membantuku disaat aku memerlukan bantuanMu..

5-ya Allah ya tuhanku aku sgt bersyukur diatas nikmatMu hari ini kerana masih dipinjamkn sepasang telinga yg sempurna utk ku mendengar..dgn telinga kurniaanMu ini aku boleh mendengar kalam suci mu..bacaan Alquran..yg mendamaikan jiwaku disaat suka dan duka..bole mendengar bunyi bunyian..perbualan makhluk lain..mendapat ilmu melalui pendengaran ini.. ya Allah hambamu ini manusia biasa..kdg2 telinga ini selalu mendengar prkara yg tdk Kau sukai..ampunilah telinga ini ya Allah..Kau lindungilah telinga ini dr mendengar umpat keji..perkara xelok dn benda2 yg tdk Kau sukai..kdg2 hambamu ini alpa ya Allah.. 

 6- ya Allah ya tuhanku aku sgt bersyukur diatas nikmatmu hari ini kerana masih dipinjamkan lidah dan mulut utk ku bercakap dn berkata2 dgn sempurna..dgn kurniaanMu ini membolehkn aku membaca kitab suci alquranMu..mengalunkn bacaan ayat suci alquranmu.. dgn kurniaan ini juga diri ini mampu berkomunikasi dgn manusia+makhluk lain..membantu mereka yg memerlukan..memudahkn proses tk mencari rezekiMu.. 

 tapi ya Allah kdg2 lidah ini selalu melukakn hati insan lain dgn kata2 yg xsepatutnya.. maafkanlah hambaMu ini ya Allah krana hambamu ini menggunakn kurniaanMu ini dgn cra yg xsepatutnya..ampunilah hambamu ini ya Allah..lidah ini.. ya Allah lindungilah lidah ini dr mengucapkn kata2 yg tdk Kau sukai..bimbinglah lidah ini..spya ucpn yg keluar dr lidah ini kata2 yg Engkau sukai..aku tdk mampu mengawalnya tanpa bantuan drMu.. 

 7- ya Allah ya tuhanku aku sgt bersyukur diatas nikmatMu hari ini kerana masih dipinjamkn sepasang tangan yg cantik dn sempurna..yg masih sihat dn boleh bergerak..dgn kurniaan nikmatMu ini aku masih boleh bersolat dn beribadat pdMu dgn mudah..selesa..dgn nikmatMu ini juga aku bole melakukan aktiviti harian..masih boleh menulis tk menuntut ilmu..tk bekerja mncari rezeki dn sbgnya..tp ya Allah..hambamu ini insan biasa yg sentisa melakukan kesalahan dn dosa.. kdg2 menggunakan nikmatMu ini tk perkara yg xsepatutnya..prkara yg tdk Kau sukai.. ampunkanlah segala dosa hambaMu ini ya Allah..dosa yg tlh dilakukan oleh tangan ini..pelihara dn lindungilah ia ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini lemah dn xmampu tuk mngawalnya tanpa bantuan drMu..

ya allah terima kasih diatas segala nikmatMu.. alhamdulillah..moga hambamu ini mampu mnjadi insan yg sntiasa brsyukur pdMu..insyaallah..amin

NOTE :

bersyukurlah setiapa hari dan sepanjang masa bkn sekadar 40 hari sahaja..itu hanya latihan diri kita tuk permulaannya...setiap kali kita bersyukur Allah akan tambahkan nikmat itu...brsyukur melalui perkataan..perbuatan dgn taat pada Allah..hadirkan dgn hati...

Friday, May 2, 2014

KETAGIH BER WHATSAPP??..WECHAT??..FACEBOOK DLL??..KESAN DAN APLIKASINYA DLM KEHIDUPAN-TELEFON BIMBIT ANDROID

Selamat petang semua...dh lama betul sy tak post artikel baru...ptg ni sy tak nak kupas isu diatas dgn terlalu serius atau mendalam..cukup sekadar perkongsian pegalaman dan sedikit pndangan peribadi berkaitan isu tersebut..

telefon bimbit skg ni bukan lagi menadi kemewahan dlm hidup kita semua..tapi sudah menjadi satu keperluan dlm hidup..dari yg kanak2 hingga kpada dewasa..telefon enis anroid byk memberi impak yg besar kpda penggunanya...dgn hnya access internet melalui telefon..aplikasi spt whatsapp..wechat..line dll bole berfungsi dgn jayanya..boleh berhubung dgn percuma..tdk lagi perlu topup kredit/byr bil bulan2..hnya perlu byr tuk line internet shaja..

macam2 telefon bimbit skg ni yg menggunakan teknologi tersebut spt lenovo..samsung..dll..

apa lebihnya menggunakan telefon yg boleh support aplikasi ni semua??bnyak baik dan bururknya..antara kebaikannya adalah dgn menggunkan aplikasi spt whatsapp,wechat,line dll.. dapat hantar sms percuma....call pn percuma..dapat video call percuma..so dah save duit byk kt situ..sbb dah tak perlu lagi topup kredit/bayar bil yg melambung tinggi..send gambo pun mudah jeee...memudahkan interaksi..bole berdiskusi secara berkumpulan dn sebagainya...

tapi semua kemudahan ini kalau disalah gunakan byk buruknya juga..sbbnya disebabkan kemudahan dan teknologi secanggih ini juga menyebabkan ramai yg dah leka dgn telefon..dah xboleh berpisah dah..memanjang dgn tel dan whatsapp dn yg sewaktu dgnnya..lagi2 kalau mereka yg masih lagi berada di bangku skolah..sedikit sebnyak mmg memberi kesan yg tak elok kpda pelajaran kalau tak dikawalnya..bg orng dewasa pula kdng2 disebabkan kemudahan ini ade yg bercerai berai sbb masing2 dah temui pasangan yg baru...

disebabkan kemudahan ini juga kebanyakn dr kita lebih suka berdua dgn telefon dr bersosial dgn kwn2..spt bermain bersama2 dn sebagainya...hubungan silaturahim seolah2 sudah longgar dan berkurang..xkira dirumah..luar..masing2 lebih suka melayan telefon dr kwn2 dn orng2 yg datang..keadaan sebegini amat membimbngkan jika tdk dikwal..lagi2 diperingkat kanak2..kuasa internet amat memberi kesan dlm khipun rakyat malaysia dn dunia skg ni..

gunakanlah kemudahan ini kearah yg lebih bermanfaat dn seadanya shaja...jgn mnjadi hamba telefon dan internet semata2..padahal byk manfaat yg boleh diambil..sbnrnya telefon jenis mcm ni boleh  kita download waktu solat..kamus bahasa..belajar secara offline..bi-bm..bi-arab..bm-bi dll bahasa..tu mmg bermanfaat..cara cepat tuk kita cari makna dan belajar..software tuk belaar bahasa arab pn ade..belajar al quran..belajar solat..mcm2 lagilah..download al-quran..terpulng pada kita..menggunkan kemudahan tersebut...

kalau kita guna kearah kebaikan..byk mnfaatnya..kalau salah menggunkannya buruk jadinya..jgn kita layan telefon smpai tak sempat tuk buka dan baca alquran..bersama keluarga dn kwn2..biarlah sekadarnya dn masa tertentu shjja...berpadalah kita..bgtu juga anak kita..jgn dididik mnadi hamba teknologi semata2..sbb ia akn mempengaruhi tumbesaran mereka..biar akidah mereka dan kita mantap terlebih dahulu barulah kita tahu tuk menempatkan sesuatu perkara itu ditempatnya ..tdk berlbihan dn tidak memeudaratkan...jadilah pengguna yg bijak..yg boleh merubah diri kita mnjadi seorng yg berilmu dan bermaklumat serta berjaya dlm hidup dgn tdk menggadaikan akidah dan melupakan hakikat sebenar yg mana kita adalah hamba Allah yg ade tugasan yg perlu dilaksanakannya diatas muka bumi ini..moga kita mampu mnadi hamba yg bersyukur..insyaallah..



Tuesday, January 21, 2014

2014 HRGA BARANG NAIK..KOS SARA HIDUP NAIK..CAMNE TUU??PONING2 :(..HUHU..CMNE NAK ATASI MASLAH NIII ??


21/1/2014..Isnin..bandar baru bangi...3.10 ptg....
 
Assalamualaikum... kaifahaluka / kaifahaluki?? :) hopely semua sihat2 je...ceria2 hari ni..insyaallah..skg ni kalau nk cerita bab2 hrga barang..duit..mmg sensitif betul..apa tak nya.. rata2 kita semua dok tension pasal ni..yelah..ekoran dr minyak naik brg2 juga naik..tol lah..makanan harian lah..apa lah..cukai pintu dll..dah la skg ni sikit2 ade je kna tax..mkn kt restoran pn ade tax..jgn xtahu..huhu...

Firstly..sy nk gtau inilah kesan nya pabila kita memilih / melantik pemimpin/kerajaan yg tak sepatutnya..so kita yg memilih..kita yg merasa padahnya..msalahnya dgn orng2 yg tak pilih pemimpin tersebut pn merasai sama..sbb tu lain kali tuk buat sesuatu kputusan berfikir dahulu sblm bertindak..jgn ikut akal dan logik kita jee..tapi guna penilaian yg betul dan sepatutnya mengikut ciri2 pemimpin yg telah Allah gariskan..xpelah..dah berlaku kan..so kita lupakan yg tu..meh kita cari jalan penyelesaian trhadap masalah kita semua ni pula..cakap saje tak guna kalau xde jalan penyelesaian..

jadi kt sini sy nk kongsikan sedikit perkongsian ilmu dr ustaz baru2 ni...masa kuliah kt surau annur bangi...sy teringat kata seorng ustaz dlm suatu kuliah berkaitan pasal prkara ni..dia bacakan ayat alquran yg mana maksudnya lbh kurang mcm ni...detail ayat dan maksud sy ade postkn kt bawh ni..

" SESIAPA YG BERTAKWA KPADA ALLAH..MAKA ALLAH AKAN BG REZEKI PADANYA DR SUMBER YG TAK DISANGKA2... AKAN DIBERI JALAN KELUAR..DAN SESIAPA YG BERTAWAKKAL PD ALLAH MAKA AKAN DICUKUPKAN KEPERLUAN KPADANYA...SESUNGGUHNYA ALLAH TETAP MELAKUKAN SEGALA KEHENDAKNYA..DAN SEGALA KETENTUAN TELAH DITAKDIRKAN ALLAH "


AYAT AL-QURAN SURAH AT THALAQ (SEBAHAGIAN AYAT 2, AYAT 3)

  
        ni satu lagi..kalau yg di atas bacaan ayatnya kurang jelas/ tak nampak..

 

Ayat tersebut org selalu ckp ayat 1000 dinar...tapi itulah ayat nya..dr surah At Thaalaq..cuba hayati maksud ayat tersebut..apa yg Allah gtau...??? mereka yg bertkwa pada ALLAH..buat apa yg ALLAH suruh..tinggal apa yg ALLAH larang maksudnya..maka Allah akan bg rezeki dr sumber yg tak disangka2 oleh kita dan akan dicukup kan keperluan bg seseorng tu jika dia bertawakkal pada Allah..

Jadi apa solusi / jalan penyelesaian pada permasalahan yg kita hadapi skg ni???..berubahlah..berubah lebih taat pada Allah..bkn baca..tampal / hafal shaja ayat tersebut..tapi hayati kesan dan amalkan maksud ayat tersebut..aplikasikan ayat tersebut dalam hidup kita..ramai dikalangan kita hnya baca dan hafal jee..tapi tak hayati maksud dan xmngamalkan apa yg disuruh dalam ayat tersebut..ni tuk ingatan kita semua..termasuk sy..ingatan tuk sy khususnya..supaya beringat dan boleh amalkan maksud ayat tersebut...

Berubah lebih taat pada Allah bkn bermaksud..berenti keje dok zikir dan solat kt masjid jee...keje mcam biasa leee..cuma apa yg kita buat..biarlah kerana Allah..betulkan niat..keje kerana Allah..jadi ibadah..keje yg halal lee..apa yg Allah larang jgn buat..contoh jgn amik rasuah..menipu..terlibat dgn haram..benda maksiat dll..lpas tu tambahkanlah amalan kita..bykkan zikir..bayar zakat..sedekah dll perkara yg Allah suka..yg leh dekatkan diri pada DIA..contoh ke majlis2 ilmu..kalau berniaga..berniaga lah seprti yg dibenarkan islam..jujur dn sebagainya..perbaiki solat kita dan hubungan kita dgn Allah...insyaallah kesannya pasti ade..janji Allah tu pasti..bkn spt manusia yg selalu menipu..jaga yg wajib spt solat 5 waktu dll...
 
rasanya itu shja perkongsian yg sy leh kongsikan tuk kebaikan bersama..moga2 bermanfaat...sedikit perkongsian ilmu dr kuliah ustaz sblm ni..lagi satu bila dah berlaku sesuatu prkara tu jgn terus kita mngatakan ia adalah ketentuan Allah..semua prkara brlaku adalah disebabkan perbuatan dan usaha kita dan terjadi dgn izin Allah..so jgn senang2 ckp ketentuan Allah semata2..ia berpunca dr kita juga..sikap kita juga...dan semestinya selepas Allah izinkan baru berlaku..k..syukran..
 

Wednesday, October 2, 2013

BAHASA BADAN MAMPU MENJELASKAN APA YG INGIN DISAMPAIKAN..WALAU TDK DILUAHKAN DGN KATA2..

Rabu..3/10/13..b.baru bangi

ASSALAMUALAIKUM...

Dah agak lama juga sy tak menulis di blog ni..minta maaf pada semua pngunjung laman firdausi yg menantikan post2 terbaru dr saya..bkn disebabkan kekangan masa yg utamanya..tapi ade beberapa masalah utama yg harus diselesaikan dan disetelkan..insyaallah hopely semua akan setel dlm masa terdekat ni...

Hari ni sy ingin sentuh sedikit pasal isu yg sy ketengahkan tu...rasanya rata2 dari kita pasti tahu berkaitan tajuk tu..bahasa badan..apa sebenarnya huraian yg senang difahami berkaitan dgn bahasa badan tu..??apa yg kita faham sebenarnya...bahasa badan dlm erti kata yg mudah difahami ialah reaksi atau tindakan yg kita pamerkan terhadap sesuatu perkara atau persoalan tanpa perlu kita meluahkan kata2..respon yg kita tunjuukkan..selalunya bahasa badan lagi memberi impak yg besar dalam menyampaikan sesuatu perkara..tetapi kekadang tak semua orng mampu menafsirkannya dgn tepat apa yg ingin disampaikan itu hnya dengan melalui bahasa badan..bila ini dah berlaku maka akan berlaku komunikasi yg tdk kesampaian nt...

Contoh bahasa badan yg selalu kita gunakan seharian kita ialah spt kadang2 kita tidak berpuas hati dgn sesuatu perkara..tetapi kita tdk mampu tuk meluahkannya/tdk mahu tuk meluahkannya..maka protes tersebut ditunjukkan dgn mimik muka...mata.. yg menjelaskan ketidakpuasan hati itu..mulut mampu menipu..tetapi mata tdk mampu menipu kita..dia mampu menjelaskan apa yg kita rasa..bgtu juga dgn bahasa badan..jelingan mata dan sebagainya...

Bagi mereka yg mempunyai kelebihan..kemahiran..pengetahuan dan ilmu dlm menafsir gerak geri tersebut setiap apa yg ditunjukkan itu sudah cukup untuk memberikan mereka pelbagai tafsiran dan luahan apa yg kita rasa..tak perlu diungkapkan dgn kata2..kdng2 kalau kita renungkan balik atau perasan..pernahkan bila seseorng itu  marahkan kita,,dgn hnya memndang matanya shja cukup kita dapat merasaai kemarahan tersebut..bgtu juga dgn hati..ikhlas atau tidak seseorng itu pun kadng kala kita dapat merasaainyaa..smpai pada hati kita..itu dr segi contact hati..bila difikirkan balik..besar dan agungnya ciptaan Allah..

Pernah x berlaku dkt korang semua bila berkunjung ke rumah seseorng/kawan/kenalan berlaku kejadian yg tidak menyenangkan..hanya dgn reaksi badan yg ditunjukkan..sp pnh mengalami perkara trsebut..dan bila berlaku perkara trsebut sy ingatkan diri sendiri spya berhati2 dan jangan buat benda yg sama pada orng lain/tetamu yg dtg sebagaimana yg brlaku pada sy...cerewet macam mana pun kita jgnlah kita tunjukkan kecerewetan kita didepan tetamu..cerewet tak bertempat..pasti lain kali orng tidak akan datang ke rumah kita lagi..bila tak puas hati ditunjukkan dgn wajah yg cukup masam mencuka..dgn mimik muka yg menjengkelkan dll..seolah2 kita tlah melakukan kesalahan yg besar..

Padahal takde apapun..boleh x korang byangkan jika akhbar yg tdk kotor yg korang alaskn makanan masa makan td korang tak buang sbb dah melayang ketepi..bila dtng nk kemas tgk2 dah tkde..ingatkan tuan umah dah buang dulu masa basuh pinggan mangkuk yg dimakan kt dapur dia tadi..tetiba dijadikan isu..boleh dia amik paper tu tunjuk kt kitaa..."eiii..paper tak buang"...dgn muka yg cukup masam dan menjengkelkan..pasti korang terkejut kan.."eh..ingatkan dah buang..sbb tadi xde"..jawab kita dgn wajah yg terkejut dan tdk menyangka..wjah dia mmg still macam tu..dalam hati sy..ya Allah dia ni..sampai mcm tu skali..tak sangka pulak..seorng yg educated..nampak tinggi agamanya tapi mcm ni gayanya melayan tetamu..walau kwn sndiri dan orng yg kita biasa dan kenal..

masa tu hati sy terdetik lpas ni xdelah lagi sy nk dtng ke umah dia lagi kecuali klau betul2 ade urusan yg betul2 pnting..beringat..dn ingatkan diri sendiri jgn buat cmtu kt orng..ckup dgn bahasa badan yg dia tunjukkan mampu memberitahu segalanya apa yg dia rasa..kalau kita xbersedia tuk menerima tetamu gtau awal2..insyaallah orng akan memahami..jgn hnya mendiamkan diri dan kemudiannya menunjukkan reaksi yg sebegtu..orng akan meluat nt dgn sikap kita yg tak sepatutnya tu..jgn nak bercerewet tak tentu hala tanpa tahu cerita dan situasi yg sebenarnya..lagi2 melibatkan tetamu..bersihkan hati kita...insyaallah kita takkan bertindak sebegitu..tuk ingatan sy yg utamanya..dan kita semua amnya..sedangkan begtu besar kelebihan tetamu yg berkunjung di rumah kita...

sejak dr hari tu sy ingatkan diri sendiri hati2 lah..dan jgn lah bersikap dgn sikap yg prnah orng buat pada kita..tak payahlah nk rajin sgt berziarah melawat kwn..kdng2 orng mungkin tak gembira dgn kedatangan kita/tak bersedia tuk menerima tetamu tetapi tak diluahkan...moga Allah bersihkan hati ini..moga dgn hati yg bersih akan terpamer dgn perbuatan dan akhlak yg elok..benarlah dgn kata2..hati yg bersih dan suci akan terpamer di wajah dan akhlak..kalau hati kita kotor dan sebaliknya akhlak kita juga buruk..tak perlu kita hipokrit dan berpura2..moga kita yg hina ini mampu menjadi insan yg lebih baik dn mampu membahagiakan orng lain..insyaallah..maafkan sy diatas tulisan yg tak seberapa ni..moga ade yg bermanfaat..


Kelebihan menyambut tetamu berdasarkan hadis :


Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]

Tuesday, July 30, 2013

ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

assalamualaikum...sempena bln ramadhan almubarak ni sy just nk berkongsi info ni..hopely ianya bermanfaat tuk kalian semua

TANDA-TANDA LAILATULQADAR-MALAIKAT BERSALAM DGN KITA.BAGAIMANA??DGR VIDEO NI



TANDA MALAM LAILATULQADAR

 Riyadh As Solihin (53) BAB FADHILAT QIYAM RAMADHAN & LAILATUL QADAR


 BASMALAH - MALAM LAILATUL QADAR...DR ASRI

Wednesday, July 10, 2013

HUKUM PUASA TAPI TAK SOLAT...TAK TUTUP AURAT...

Puasa Tapi Tak Solat - Ustaz Azhar Idrus UAI

SIAPA YG TAK SOLAT..PUASA DIA LENYAP...TAK DITERIMA ALLAH..


Ust Azhar Idrus- Puasa Tapi Tak Solat Dn tak tutup aurat


Ustaz Ismail Kamus - Menjelang Ramadhan

-juga di ajar cara tuk lakukan solat hajat..lebih2 lagi bg mereka yg mempunyai masalah yg berat spya cepat dimakbulkan Allah..lagi2 di bulan ramadhan ni..moga2 perkongsian ini bermanfaat... 


 sekadar perkongsian •♫.•♥.•"Barangsiapa yg menunaikan hajat mukmin yg lain maka Allah akan tunaikan 1000 hajatnya..(al-hadist)" •♫.•♥.•

MENGHADAPI UJIAN ALLAH..HIKMAH KETENTUAN ALLAH..PEDIH HATI DAN KEREDHAAN ATAS UJIAN ALLAH

MENGHADAPI UJIAN ALLAH-USTAZ DUSUKI RANI



HIKMAH ATAS KETENTUAN ALLAH-USTAZ AHMAD DUSUKI RANI  

PEDIH HATI VOL 1 USTAZ AHMAD DUSUKI RANI  

PEDIH HATI VOL 2 USTAZ AHMAD DUSUKI RANI  

KEREDHAAN ATAS UJIAN ALLAH-USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.....


Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

buat renungan kita semua yg sentiasa tidak sunyi diuji dgn pelbagai ujian...moga sedikit sebanyak ia dapat membantu kita semua..dapat meredakan kegelisahan kita...mendamaikan hati...mampu memberi semangat kepada kalian semua..sel mendengar..:)




Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih
moga2 ia mampu memberi manfaat tuk kita semua....

Wednesday, November 7, 2012

Qiam With Me Bersama Sultan Muhammad v(sultan kelantan) Catat Rekod Baru-Ramadhan 2012


Sekadar mengimbas kembali program di bulan ramadhan aritu:

Program Qiam With Me yang baru pertama diadakan telah mencatat rekod baru apabila mencatatkan penyertaan terbanyak iaitu seramai 6000 orang. Program ini adalah melibatkan KDYMM Sultan Muhammad V yang turun untuk berqiamullail bersama-sama rakyat negeri Kelantan khasnya. Program diadakan pada 20 Ramadhan 1433 bersamaan 9 Ogos 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kelantan.Program solat tahajud bermula seawal jam 3.00 pagi
Qiam With Me Catat Rekod Baru -sultan kelantan
Program Qiam With Me yang baru pertama diadakan telah mencatat rekod baru apabila mencatatkan penyertaan terbanyak iaitu seramai 6000 orang.

Ustaz Azhar Idrus - Tazkirah Di Program 'Qiam With Me' Istana Negeri, Kelantan

sekadar perkongsian bersama dgn rakan2...sedikit program yg berlangsung di istina sempena program Qiam with me oleh Tuanku Sultan Kelantan (Sultan Muhammad v) ramadhan baru2 ni..tuanku sultan kelantan telah membuka istananya tuk rakyat berkiammullai bersama2 dgnnya diistana dan mengadakan majlis ilmu di situ pada mlmnya pada ramadhan yg lepas...terlalu terharu dan truja kerana mempunyai pemimpin yg berjiwa rakyat..sultan yg berjiwa rakyat dan beriman..sambutan yg diterima amat luar biasa sekali...moga tuanku dipnjangkan umur dan sihat selalu..moga2 pemimpin yg lain mampu mengikuti jejak tuanku alsultan...pemimpin yg beriman yg mampu memberi keharmonian kpda rakyat..memberi contoh teladan yg baik tuk diikuti...

Dakyah Yahudi..Gerakan Freemason dan Illuminati - Ustaz Azhar Idrus


Hukum Wang Royalti Milik Rakyat Dijadikan Wang Ehsan - Ustaz Azhar Idrus
Hukum Mengumpat Orang Kafir - Ustaz Azhar Idrus
  Moreh Minda Bersama UAI