Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 12, 2010

Berpadalah Dalam Bercinta



•♫.•♥.••♫.•♥.• Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza.•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya . Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya.•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu. Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang. Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan.
Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman..tetapi lebih baik bercinta dan dikecewakan daripada tidak pernah merasa apa-apa...sekurang-kurangnye kita pernah merasa apa itu erti bahagia..dan apa itu erti deritaa...•♫.•♥.••♫.•♥.•


Tuesday, April 20, 2010

Cinta Itu Ibarat Memancing Ikan

•♫.•♥.• CINTA ITU IBARAT MEMANCING IKAN •♫.•♥.•




•♫.•♥.•Jika kamu memancing ikan…•♫.•♥.•
setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu
dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… ♥ஜ♥(¯`•.¸ღ
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
•♫.•♥.•mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….•♫.•♥.•
•♫.•♥.•Jika kamu menadah air biarlah berpada, •♫.•♥.•
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang…sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya….♥ஜ♥(¯`•.¸ღ
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan •♫.•♥.•berterusan hingga ke akhirnya…•♫.•♥.•
•♫.•♥.•Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu.•♫.•♥.•
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. ??/
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal...♥ஜ♥(¯`•.¸ღ
♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…♥ஜ♥(¯`•.¸ღ
yang kamu pasti membawa kebaikan kepadadirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu
Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan...
•♫.•♥.•Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.•♫.•♥.•

Saturday, March 6, 2010

APA DAH JADI DGN DUNIA SEKARANG NIII????


•♫.•♥.••♫.•♥.• "Dunia ini sudah semakin tua skg ni.." itulah kata-kata yg seringkali kita dengar / yang selalu dilontarkan oleh orang ramai..kenapa yee boleh lahirnye kata2 tersebut???emm..agaknye macam2 perkara pelik dan yg tak pernah berlaku sebelum ini telah byk sangat berlaku....dunia sudah menghampiri kiamat agaknyaaa....•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Dulu semasa sy masih kecil sy selalu mengeluh..kenapala lama sangat nk tunggu masa itu berlalu...sebulan bagaikan setahun..tetapi skg ni setahun saya rasakan ibarat sebulan je..berbeza sgt..begitulah pantasnye masa berlalu...sekejap je rasa..terlalu banyak sangat perbezaannyee...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Skg ini macam2 benda yg telah berlaku..cuba kita renung dan imbas kembali..apa yg berlaku pada hari ini seolah2 kembali semula ke zaman jahiliah dahulu kala...maybe dari segi teknologi,pendidikan,ekonomi dan lain2 kita jauh lebih moden dari zaman dahulu tapi dr segi akhlak bagaimana pula???tak jauh bezanyeee...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Suatu ketika dahulu..anak perempuan akan dibunuh hidup2..dan perbuatan zina berlaku disana sini..cuba kita renungkan balik..sekarang ini pun sama juga..cuma bezanye tidak kira lelaki/perempuan..bayi dibuang dan dibunuh begitu sahaja..pembuangan dan pembunuhan bayi yg tidak bersalah semakin berleluasa..begitu juga dgn zina..selalunya anak yg dibuang dan dibunuh ini adalah hasil dari hubungan terlarang yang telah dilakukan..boleh dikatakan setiap hari kita akan dihidangkan dgn berita ini di dada2 akhbar/televisyen..kenape ini semua berlaku sebenarnyee yee???fikir2 kan lah sendiri...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Selain daripada tu juga byk sgt berlaku bencana alam..contohnya gempa bumi disana sini...yg telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa...kita juga pernah dikejutkan dgn peristiwa tsunami yg berlaku di Indonesia suatu ketika dahulu..puting beliung..dan juga ribut taufan yang dashyat..yang terbarunya pula, mlm tadi juga hujan batu telah turun dgn lebatnye di Australia yang mengakibatkan berlakunye banjir yang dashyat dan teruk...MASYAALLAH...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Tu dari segi bencana alam..dr segi pegangan pula macam2 dah timbul skg ni..fahaman itu..fahaman ini..Macam2 ajaran sesat yang timbul..Ada yg mengaku sebgai rasul la..nabi la...pakaian pula dah macam zaman jahiliah..tak cukup kain lagaknye..dengan bermacam2 fesyen yang tak tahu jenis apa tah..begitu juga dgn pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang dengan selambanya berlaku dimana2 sahaja tanpa ade perasaan segan dan silu..ditangga..dikomuter..sume ada..modenkah kitaa selama ini???cubalah renungkan sendiri...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Apa yang penting skg ni..marilah kita sama2 muhasabah diri supaya kita menjadi insan yang lebih baik..dan yang paling penting..ilmu didada harus diisi dgn ilmu agama yg secukupnye supaya diri kita dapat terhindar dari perkara2 yang tak diingini sperti diatas..itulah juga yang sy selalu ingatkan pada diri saya..moga2 dipelihara dari semua perkara tu..yang pastinya kita harus ingat..dalam hidup ini kita bukan hanya perlu cemerlang dalam ilmu duniawi/akademik sahaja..tetapi ukhrawi juga..kalau hanya kejar kebendaan sahaja tak kemana peginye..apa gunanye cemerlang dalam akademik / tinggi iqnya tetapi rendah dari segi akhlaknya...sesungguhnya semakin kita mengejar dunia semakin dunia lari..tetapi semakin kita mengejar akhirat semakin dunia menghampiri..so renung2 kan lah...•♫.•♥.••♫.•♥.•


Wednesday, January 27, 2010

KEJE OH KEJE..ADE YG DAH GILE NGN KEJE TNPA JOIN AKTIVITI SOSIAL...BERMAKNA KAH HIDUP???



•♫.•♥.••♫.•♥.• Malam ni tetiba je sy nk kupas pasal topik ni..bukan apa..bila dok borak ngn kwn2 yg pelbagai jenis kerjaya dan sikap ni byk benda yg boleh dikongsi..dan mengingatkan kita pada sesuatu..rambut sama hitam(walaupun dah ade byk yg color lai skg ni..pink merah..hiju..huhu)tapi pemikiran..hati dan sikap akan berlainan..ia kan berbeza mengikut pengalman hidup seseorng..persekitaran..jenis keje dan lain-lain faktor...setuju kah andaa????•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Baru-baru ni sy ade kuar ngn sorng kawan sy tu..dia keje sebagai penididik lee..nk cite sikap setiap orng tu mmg berbeza..ari mingu aritu kitaorng kuar..biasa la bila kuar tu borak2 tu dan akn amik masa lama sikit la kan pegi situ sini..lebih2 lagi jumpa ngn kwn2 yg lain...bagi sy,sy hepi cmni..ari minggu ari tuk bersama kwn2 dan buat aktiviti2 lain seperti aktiviti diri sendiri..sy tak boleh berkurung kt umah jee..nt boring..tapi lain dgn die...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Dia cakap dia rasa cam bazir masa je kuar2 cmni...waste time..baik die buat keje sekolah die yg bayak lagi tu tak siap2..ade gak pekdah..bistu sy ckp le ari minggu kan cuti so rehat la..tak yah la dok pulun keje lagi..keje tak kan abis...sampai2 bila2 pun..kuar la bersosial lak..main bowling ngn kwn2 ke apa kan..lagipun dia bujang lagi..tapi jawapan dia tetap sama..dia suka wat kejee...huhuhu..sy terdiam...tak tau nk ckp pe bila dia matikan ayat camtu...sy pun rasa bersalah la gak kan bila dia ckp cmtu..yela dah waste masa dieee...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Tahla...bg sy lak..hidup ini akan lebih bermakna jika kita ade bahagi masa tuk bahagian2 tertentu...bukan fokus keje semata2...ni pendapat sy la kan..mybe saya dah rasa malas nk terlalu taksub dgn kje sbb dulu sy mmg gile keje..kt umah pun wat balik keje ofis gak...sambung keje..siapkan..time wat "mlm"/multilevel marketing dulu lagi la..blik sampai kul 2/3 pagi kdng2 tu..wat sales..sanggup redah panas dan ujan...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Tpi agaknye bila dulu terlalu ekstrem ngan keje skg ni sy dah mals dah gila2 keje cm dulu..dah boring..rasa cam takde life...bg sya skg ni ari keje..keje cam biasa..kalau dah abis waktu abis lee..tunggu setel esok lak..takde nk rajin2 wat kt umah..ari minggu selalunye saya mmg gi jalan atau kuar ngn kwn2..buat aktiviti bersama..pling teruk pun rehat je kt umah kalau penat sgt..tapi wat keje tu tak laaa...sy tak pernah rasa ianye membazir masaa...sbb bukan melepak tak tentu pasal/merayau tanpa ttujuan...tp yg bermaknaa...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Sesungguhnye dlm hidup kita ni bukan keje semata2 yg kita kejar..tapi byk benda lagi yg boleh buat & perlu dibuat..kalau keje je memanjang..seolah-olah kita hidup ni untuk keje je la..kita harus ingat duit bukn segala-galanya walaupun skg ni majoriti leh katakan sume perkara perlukan duit..tapi lupakah kita kalau duit byk sekalipun kalau tak bahagia/sakit tak guna juga,..lagi2 sendirian je dlm dunia ni tanpa kwn2 dan teman2..kita akan rasai juga kensunyian itu...sbb mmg sudah fitrah manusia perlukan kwn/teman/pasangan hidup..•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Cuba kita lihat..berapa banyak kejadian/peristiwa atau kes yg melibatkan pasangan suami isteri yg curang sbb kesunyian hanya semata-mata pasangan mereka gila bekerja untuk mencari nafkah...mmg tak dinafikan kadng2 tuntutan dan kesempitan hidup menyebabkan merekan jadik begitu..kena bekerja keras / lebih masa..."kalau byk duit boleh la ckp camtu kan..sbb mereka tak mengalami situasi itu"maybe itulah yg akan dilontarkan bila isu terlalu kuat bekerja ini diutarakan..betul kata2 mereka itu..namun harus diingat kasih sayang terhadap keluarga dan family juga takleh diabaikan...duit dan kasih sayang sama penting..kalau boleh seimbangkan lah..•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Skg ni kan zaman cyber..macam2 boleh buat tuk hubungi orng tersayang..telefon..emel..dan sebagainye..jgn jadikan kesibukan sbg alasan tuk tak hubungi..lepas keje leh tel..tgh rehat leh tel..kalau masa bercinta boleh..nape lepas tu tak boleh kan???kita kena ingat mereka juga ade perasaan..ingin disayangi dan diberi perhatian..jgn biarkan mereka kesunyian...sbb mereka pun berhak juga untuk menikmati hidup ini..dan jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti mereka berpaling tadah atau curang hanya disebabkan mereka tidak lagi diambil peduli oleh pasangan masing2 hanya semata2 alasan sibuk bekerjaa...•♫.•♥.••♫.•♥.•


•♫.•♥.••♫.•♥.• Yang pastinye hidup didunia ini hanya pinjaman dan sementara sahaja...dan hargailah orng yg kita sayangi selagi hayatnye masih ade..kalau tak nt kita yg akan menyesal..Bak kata pepatah..makin kita kejar dunia..makin dunia akan lari..tetapi makin kita kejar akhirat makin dunia menghampiri..renung-renungkan lah....•♫.•♥.••♫.•♥.•

Friday, January 1, 2010

Doa Pembuka Segala Apa Yg Tertutup



•♫.•♥.••♫.•♥.• Salam pada semua teman firdausi..disini ade sy sertakan satu doa yg saya rasa mybe ade kegunaannya tuk rakan semua bg mengatasi masalah yg dihadapi..iaitu "Doa Pembuka Segala Apa Yg Tertutup"..selain dpd tu "Doa pendekat jodoh" pula ade dimuatkan di ruangan borak cyber-dia yg terbaik(jodoh oh jodoh)..harap kedua2 doa ini akan dpat membantu rakan2 firdausi yg lain..Bg koleksi doa yg lain pula akan menyusul kemudian dn akan dimuatkan di bahagian Petua & Motivasi..sebahagiannye telah dimasukkan..harap teman firdausi semua dapat bersabar..•♫.•♥.••♫.•♥.•

                                                                doa segala penawar