Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, June 7, 2008

Koleksi Cerita-cerita Lawak

Moga ruangan baru ini boleh mengurangkan sedikit sebanyak ketensionan teman2 Firdausi yg sedang stress..koleksi cerita lawak ni baru dibina..so harap bersabar..cerita-cerita yg diambil ini dikumpul dari rakan2 yg lain yg mana pernah sy baca dan jumpa..sesiapa yg ade cerita lawak leh la emel kt sy seperti alamat emel yg tertera di blog ini..makasih...

Cerita Lawak : Curang
Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.AAAaaaawwWW?

Cerita Lawak: Belalai Gajah
Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…
Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?Lelaki
Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)


Cerita Lawak :Pepatah Melayu
1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY
.2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!
3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!
4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.
5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )
6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….
7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………
8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!
9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.
10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….
11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….
12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.
13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LATUUU…..
14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……
15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……
16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!
17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .
18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!
19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.
20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.
21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAYKAJANG!!!
22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT
23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARIPANTAI….

Cerita Lawak:Tak Nak mati
Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".


Cerita Lawak : Timbang Berat
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkanwang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..jangan ramai- ramai!


Cerita Lawak : Telur
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah keretatiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dankaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya."Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting keseberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!


Cerita Lawak:Dua Orang Kaya dan Pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."
King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"


Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!"dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.


Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke

Cerita Lawak:Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.

Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.



Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"



Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"



Cerita Lawak :Kalau Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas

"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai diIpoh... cakap pada anak saya."



Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.."Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam..dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampaikat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"



Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai diIpoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan...

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"



Cerita Lawak : Kisah Pakwe Makwe - sebelum & selepas berkahwin
Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil
berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe h gitu... .kalau saya jadi bunga

Pakwe:Abang jadi tukang kebunnya

Makwe:Kenapa bukan kumbang
Pakwe:Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun
kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe:Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata


Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih
tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul
kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... .bedebik!!!!!! macam nangka busuk
daa!!!!

Makwe:Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe:Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?


Makwe:Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg
kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,


Isteri:Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami:Masakan abg boleh lupa
Isteri:Kalau saya jadi bintang
Suami:Abang jadi beginilah
Isteri:Kenapa bukan Ultraman...
Suami:Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... .apa lah awak nie

Isteri: , kalau saya jadi bunga
Suami:Abang jadi beginilah

Isteri:Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami:Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak
kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo
nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado2 nak jadi bintang tu buek
apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh
tok comey lagi...
Suami:Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga
tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin
tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah... ..


Isteri:Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami:Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak
ko!!!!!!!!!!



Cerita Lawak :Care Menjawab Tepon yg Betul....
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan
adelah salah... dan kebanyakannye sama.. terpikir kah
anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi
disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak
le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to ina please?
Jawapan: maap.. sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah.. saya kat sini, mane le saya tau sape
kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler, buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye
boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah, bapak ade pasal rumah ni
bapak yang beli.

6. Soalan: haloo ina, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat
tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap, nombor yang anda dail tidak mahu
memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad.. saya nak
bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri, saya sibuk.. maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo.. pusat sakit mental disini, anda ingin
mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap.. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi.. kalau saya masih
menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam.. (tupp! terus letak
tepon.. salam kite wajib jawab)

Hehehhehe....(",)

Cerita Lawak : Kisah boss ngan secretary dier........
Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan
bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di
KL... Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia
punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya...
biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya
cakap... Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan
pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket
seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun
habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis...saya nampak pintu garage boss
terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa,
nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss
pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...
pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana
orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah
relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia
terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai
underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss
ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri
dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper'
dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...

Cerita Lawak :Malam Pengantin

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"


Cerita Lawak :Dah Masuk Lapan Bulan niiii..
Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...

Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya...

"Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.

"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.


Cerita Lawak :Ketua Kampung
Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."

" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."


Cerita Lawak :Seluar Dalam
Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.
Ah Chong: Apa yang bising ni?
Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambilAh Chong: Seri, betul kami yang ambil?
Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil
Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…
Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…
Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…
Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?
Seri: Betul Pak… sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam… masakan saya teringin seluar dalam tu…

Cerita Lawak : Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.


Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai..

"Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini. "



Cerita Lawak : Alamak Terkantoi la Plak..

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...
* Isteri: ????!!!!!
* Suami: (Dalam hati) Alamak!!

Cerita Lawak : Pak Pandir

CITE 1:


PADA SUATU HARI PAK PANDIR MEMBELI BEBERAPA EKOR IKAN KELI DI PASAR BORONG DI PEKAN.APABILA PULANG KERUMAH DIA MENYURUH MAK ANDIH MENYIANG IKAN TERSEBUT. KETIKA SEDANG MENYIANG......

MAK ANDIH: OI BAPAKNYA!MACAM MANA NAK SIANG IKAN NI? HIDUP LAGI NI
PAK PANDIR:APA YANG SUSAHNYA TU MAK ANDIH?
MAK ANDIH:NAK KETUK KEPALA IKAN SADIS PULAK.
PAK PANDIR:TU PUN NAK DIKECOHKAN.MAKNYA RENDAM SAJA IAKN TU DALAM AIR.KASI LEMAS IKAN TU.SEKEJAP LAGI MAMPOS LA TU.
MAK ANDIH:???


CITE 2 :


1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.


Pak Pandir pun kata.."tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

wartawan : "Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami..."

pak pandir : 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...

wartawan : dengan apa Pak Pandir tandakan?

pak pandir : dengan batang ubi kayu


CITE 3:


alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..


dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.
sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur.


"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..

""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu..

semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..
pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir..


"pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."