Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

PRMOSI TRBRU PEMBIAYAAN PERIBADI PELBAGAI KOPERASI, : PROMO KOPERASI:MAX PTGN KELAYAKN SEHINGGA 75%/80% :RATE SERENDAH 3.99 % ==> NOTE:TETAP,KONTRAK,CCRIS,BLCKLIST,HIGH COMMITMENT BOLEH MOHON..SETIAP KOPERASI BERBEZA SYARAT & KRITERIA.. ==>RATE SERNDAH 3.99% STHN,PEMBIAYAAN MAX 200K,10 TAHUN..KOMITMEN LUAR TAK DIAMBIL KIRA .. BERMINAT CALL SY : YATI - 019 233 4763 Note:pembiayaan peribadi di blog hnya tuk kakitangan kerajaan shaja..kakitngan swasta dan bekerja sendiri tak boleh memohon..telah berlaku perubahan promosi dan tempoh pembiayaan skg ni..just 10 thn..boleh rujuk di blog firdausi..promosi yg ade..

Wednesday, November 25, 2009

Tempayan Nan Retak

Photobucket

•♫.•♥.••♫.•♥.•Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing
bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada
bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu
hanya dapat membawa air setengah penuh.
•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.•Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat
membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu
saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana
dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak
yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaanny a dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.•Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, •♫.•♥.••♫.•♥.•

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf
kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

•♫.•♥.••♫.•♥.•"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah
air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah
majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan
itu.•♫.•♥.••♫.•♥.•

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, ia berkata,

"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang jalan."



•♫.•♥.••♫.•♥.•Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan
dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,
dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia
kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali
tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.•♫.•♥.••♫.•♥.•

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

•♫.•♥.••♫.•♥.•"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si
sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang
tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku
memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang
jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu
mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik
bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu
sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias
Rumahnya seindah sekarang."•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.•Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan nan retak. Namun jika kita mahu, Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasi-Nya. Di mata Allah yang bijaksana, tidak ada yang terbuang percuma begitu sahaja..hatta setitis air sekalipun..Oleh itu Janganlah kita takut akan kekurangan diri kita. Kenalilah kelemahan kita..Ketahuilah,sesungguhnya di dalam kelemahan, kita akan temui kekuatan kita.•♫.•♥.••♫.•♥.•

Photobucket

No comments: