Wednesday, November 4, 2009
Pembuka Kata Dari Owner Firdausi
"..Buat semua Teman Firdausi..Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...seucap janji membuat kita percaya..sekecil luka akan membuat kita kecewa..tetapi..sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."
Sesekali Jadilah kawan yg mendengar dari yg hanya bercerita..ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan..kerana dia juga seorang insan biasa..yg mempunyai hati dan perasaan..yg ada rasa takut,ada rasa bimbang..sedih dan kecewa..Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman dan kawan sebagai kekuatan..Jadilah kita kawannya itu..Kita selalu melihat dia ketawa..tetapi mungkin dia sebenarnya tidak setabah yg kita sangka..Disebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..Disebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu..tetapi jika kita menjadi sahabat sepertinya mungkin kita akan tahu..tahu apa yg diketahuinya..dan rasa apa yg dirasainyee…
Diari Pelawat Taman Firdausi

Kepada semua pengunjung Taman Firdausi dan rakan-rakan sudilah kiranye menulis / menconteng di diari pelawat ini..guest book sbg kenang-kenangan...sudilah kiranye bersahabat dan menjadi shabat saya..
Bola oh Bola - Red Warriors ke Final akhirnyee..
Skg ni demam bola telah bermula...dgn liga inggeris nye..piala malaysia..huh..mmg panas!!..sy tak nak cite pasal bola sepak kt luar negara sbbnye pasukan yg sy minat takde lagi..kena tunggu piala dunia nt lah..sapae lagii..Italy la..hehehe.. arini sy nk cerita tentang Final Piala Malaysia 2009 nanti..yg akan berlangsung pada 7hb nov 09 ini..tak sabo rasanyee..sy sokong sape??? sah2 la mesti kelantan kan...tak sabo dah rasanye nk tunggu ari sabtu niii..berdebar2 rasaa...dah lama sy tunggu saat ini..saat di mana kelantan mara ke Final...dan seterusnye jadi juara Piala Malaysia nanti..
Sebenarnye sy mmg minat sesangat tgk bola sepak dr sekolah menengah lagi..sah2 kalau pasukan yg sy minat tu ade..kalau dah ikuti dr awal tu mmg susah nk tinggal..pernah sekali tu masa kelantan kalah waktu lawan semi final beberapa tahun lepas dgn saya skali tak leh tido..punya lah sedih.sedih sesangat..sampai takde mood esoknye nk keje..moyok jee..hehehe..kalau dah menang tu hepi sesangat..tak sabo nk tunggu esok..nak beli akhbar...ari yg menang tu mmg untungla kedai yg jual akhbar tu ssbb sy akan beli sume paper yg ade pasal bola tu..kecuali paper yg sy tak tau baca la..mandarin atau tamil..hehehe..skg ni pun sama gak..abis paper saya sapu...
Harap2 perubahan dan peningkatan pasukan kelantan dgn pengurusan yg baru dan jurulatih baru dr sebelum ni yg berlaku skg ni akan berterusan hingga ke tahun yg berikutnyee...sy tau mereka mempunyai semangat yg luar biasaaa...dan mereka boleh pg jauh..moga kelantan akan menang ntttt...tungguuuu...dan seterusnye jadik juara Piala malaysiaaa..tak kiralah n.sembilan asyik menang sekalipun sebelum ni..yg pastinye penentu sebenar adalah mlm 7hb nt di Bukit Jalil...GOOD LUCK RED WARRIORS..!!!
Sayangilah Orang yg Lebih Menyayangi Anda

Rasanye ramai dikalangan anda yg mengalami keadaan seperti sy kan??kdng2 kita bercinta tapi putus di tengah jalan..dalam masa kita bercinta dgn orng lain ade insan yg menyayangi diri kita..tetapi selagi kita menyayangi kekasih kita tu selagi tu hati kita tak boleh menerima insan lain dlm hidup kita walaupun insan tersebuat amat menyayangi kita dan sangup berkorban tuk kita..menunggu kita...
Tapi skg ni alhamdulilah aku mampu melakukannye..dgn bantuan dan izin Allah..aku mula terbuka hati dan mula menyayanginye dan telah lupakan cinta lama..menghargai dan menyayangi orng yg menanyangi ku..serta ingin hidup dgn ku..i'alah akan kuhadapi segala dugaan dan ujian yg Allah berikan dlm meniti perhubungn ini dengan perasaan redha dan tenang sbb aku tahu allah lebih mengetahui apa yg lebih terbaik buat diri ini...Moga dia adalah jodoh yg ku cari selama ini..
Tima kasih wak kerana masih menyayangi diri ini..dr dulu..kini..dan i'alah akan datang...
Monday, October 12, 2009
Cinta Itu Ibarat Memancing Ikan
Jika kamu memancing ikan…setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlahmenganggap ia begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu…Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….akhirnya ia dibuang…sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya….Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…yang kamu pasti membawa kebaikan kepadadirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
Salam Aidilfitri 2009
Cuma kemeriahan menyambut Aidilfitri tidak seghairah dan segembira zaman kanak-kanak dahulu..kadang2 sayu je hati setelah hampir 9 tahun menyambut Aidilfitri tanpa ayah disisi..ayah yg telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanyee...
Moga Raya kali ini akan memberi seribu erti buat kami sekeluarga walaupun tahun ini sy menyambutnye tanpa kehadiran seseorng disisi...Mungkin ada hikmahnye selepas ini..Mohon maaf dari kami sekeluarga buat anda semua..Mungkin tanpa disedari kami telah banyak melukakan hati orng lain...byk melakukan kesalahan dan kesilapan..Jemputla datang ke rumah di Aidilfitri ini buat mereka yg sudi datang bertandang..Rumah sy hanya 15/20 minit dr bandar P.Mas..hehhee..Selamat Balik kampunggg...sy bertolak balik 16/9/09 ni..i'alah..
Doakan keselamatn sy dalam perjalanan nanti..moga selamat sampai dan kembali..huhu..raya ke-4 dah bertolak dtng sini semula...dan tuk semua pengunjung taman firdausi..kwn2 sy..sahabat sy serta seluruh rakyat Malaysia hati-hati di jalan raya semasa memandu kereta pulang ke kampung nanti..pandu jgn laju2 sgt...nanti kan tak sampai kt umah lak...SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA UMAT ISLAM..tidak kira dimana jua anda beradaaaa....
Thursday, August 13, 2009
Selamat Menyambut RamAdhan 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua...Moga Ramadhan pada kali ini lebih bermakna..Diharap pada ramadhan kali ini akan dapat disempurnakan dgn lebih baik..Moga masih ade sinar dan harapan tuk diri ini diberi keampunan..terlalu bayak rasanya dosa,kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan selama ini..Moga masih ade cahaya dan hidayah tuk diri ini dari MU Ya Allah...dan moga segala doa dan permohonan hambamu ini didengari dan dimakbulkan oleh MU..i'alah..Sesungguhnye pada bulan ramadhan ini mengandungi fadilat yg tidak ternilai banyaknye..bulan ini merupakan bulan keberkatan..bulan kerahmatan dan bulan keampunan..
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka:
a) Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
b) Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
c) Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
d) Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
e) Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"
Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak;
a) Doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa;
b) Imam (penguasa) yang adil,
c) Dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
KELEBIHAN SOLAT TERAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-14 Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Sunday, August 2, 2009
GLAMOURNYE PENYAKIT H1NI SKG NI??MARILAH KITA SAMA2 AMIK LANGKAH BERJAGA-JAGA..
Salam pada semua..skg ni makin heboh dan hangat diperkatakan pasal penyakit H1N1..penyakit yg makin merebak ni mmg merisaukan kita semuaa..yelaa sbb dia senang sngat berjangkit..dan silap aribulan membawa pada kematian walaupun kita tau kalau dah sampai ajal tu akan meninggal juga..yg lain tu penyebab je..tapi kita kena elak sesuatu yg kita tau akan dan boleh bawa mudarat pada kita awal2 lagi..dan ambil langkah pencegahan dan berjaga2..agar kita tidak terlibat sama..
Skg ni kalau nk g bercuti ke..atau pegi program kt tempat2 yg mmg ramai orng pun kena fikir byk kali / hati2..yela orng cakap malang tak berbau...cuma apa yg penting kita doa la byk2 agar Allah lindungi kita dr terkena jangkitan penyakit berbahaya ini disamping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan ini..i'alah akan selamat...
Sehingga ari ini 2/8/09 kes H1N1 di negara kita telah mencatatkan sebanyak 1390 kes ( 816 kes adalah jangkitan tempatan dan 574 kes jangkitan import )..data ni dipetik dari metro ari ni..dan arini budak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia akibat virus ini..
Disini sy ade sertakan sedikit sebanyak artikel2 yg sy ambil dr sumber internet tuk tatapan teman firdausi berkaitan penyakit ini..tuk jadik panduan kita nanti...
INFLUENZA A (H1N1)
(1)Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.
(2)Negara manakah yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain termasuk Malaysia.
(3)Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip kepada selsema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selsema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.
(4)Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Apabila pesakit itu batuk atau bersin, titisan air pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit/ permukaan objek atau tersebar terus ke udara. Seterusnya, jangkitan boleh berlaku dengan cara menyentuh tangan pesakit atau dengan menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan titisan cecair pesakit itu tadi. Selain itu juga, jangkitan boleh berlaku melalui pernafasan.
(5)Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada khinzir kepada manusia?
Tidak.
(6)Apakah nasihat kepada orang ramai yang dijangkiti virus ini?
SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin untuk mengelakkan jangkitan kepada orang ramai.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
Hadkan hubungan dengan orang lain.
Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
(7)Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit tersebut. Namun begitu, kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
(8)Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
Elakkan berada di tempat awam yang sesak.
Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
Amalkan cara hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.
(9)Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada penyakit ini?
Belum ada.
(10)Adakah vaksin baru akan dicipta?
Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.
Tuesday, July 7, 2009
Drama : NURKASIH - Disini Kutemui Kelainan Yg Kucari..
Actually sy bukanlah pakar dlm dunia perfileman,dunia hiburan dan drama atau yg sewaktu dgnnye..tetapi sbg penonton sy akan mengulasnye dr sudut pandangan peribadi sy..dr pemerhatian sy..rasanye sblm ini belum pernah sy menulis / mengulas berkaitan drama dan lain2 kt blog sy ni..sbb bagi sy sudah terlalu biasa saya dihidangkan dgn tontonan cerita yg seolah2 lebih kurang sama dan tiada yg betul2 menarik perhatian sy...
Tetapi baru2 ni sy ade dikejutkan dgn sesuatu..sesuatu yg dapat menarik perhatian saya..sy ade tertarik dgn satu drama yg ditayangkan di salah satu stesyen tv tempatan kita..pada mulanye sy tidak ambil kisah sgt..tah macam mana suatu hari tu hati sy terdetik untuk menentonnye dari episod awal melalui internet (online)..tak sangka pulak jalan cerita dia menarik sekali..sy rasa sebelum ini sy tak pernah lagi menonton plot cerita yg sebagus ini..dgn garapan idea yg menarik dan juga lakonan dr para pelakon yg berkesan ia tampak lagi menyerlah...cara dan penyampaian serta jalan penyelesaian sesuatu masalah yg dikemukakan dlm cerita ni sy rasa adalah yg sepatutnye yg kita lakukan dan kita buat...
Contohnye dlm drama tersebut..bila ade masalah..hati tidak tenang..tak boleh tido dan sebagainye..cara yg terbaik yg dilakukan adalah dgn membaca al-quran..itulah yg diorng lakukan..bg sy itulah yg spatutnya..kehidupan yg sebenarnya dan cara penyelesaian yg perlu diambil..inilah yg cuba ditonjolkan didalam drama berepisod ini...ceritanye membuatkan sy tidak sabar untuk menonton episod seterusnyee....drama yg sy maksudkan di sini adalah : NUR KASIH..mungkin kita semua boleh dapat sesuatu input dr cerita tersebuat yg mungkin dapat membuka minda atau mengubah paradigma kita / membantu kita yg dalam kebuntuan / bermasalah...bg sy ia lain dari yg lain..
Nur Kasih EPISOD 05 03/04
Skg ni apa yg sy nampak stesen tv tempatan kita terlalu banyak menghidangkan para penonton dengan hiburan2 dan cerita2 yg saya rasa tidak begitu memberi impak dalam kehidupan kita..yg boleh membina dan mengubah minda kearah yg sepatutnyee...bg sy hiburan hiburan yg terlalu byk skg ni menyebabkan sy dah tak terlalu berminat untuk mengikutinyee...sekadar mengisi masa jika ade terluang dan mengikuti perkmbangan shaja..kalau tidak mengambil tahu langsung pun tidak boleh juga..nanti dikatakan katak bawah tempurung pula..tidak tahu apa2..cuma sampai satu tahap / satu peringkat kita inginkan kelainan dlm hidup dan juga tontonan kita..sbb itu kita mencari sesuatu yg baru..idea2 yg baru yg lain dari yg lain..walaupun mungkin tidak sepenuhnye tetapi sekurang-kurangnye ade kelainan yg boleh kita temui..selain dripada itu selalu juga kita dihidangkan dengan isu2 boleh dikatakan sama setiap hari...tidak kira lah dimedia elektronik atau media cetak..sampai satu tahap kita dah rasa naik boring untuk mendengar,menonton atau mengikutinyee.....sebaiknye kita renung-renungkan bersama sampai bilakah sume ini berlaku dan apa yg harus dilakukan untuk mengatasinyee...
Tetapi tidak dinafikan juga masih ade lagi rancangan-rancangan ilmiah,kerohanian,keagamaan dan lain2 yg dipaparkanyg bagus..cuma program sebegini hanya sedikit sahaja berbanding yg lain...begitu juga dgn rancangan2 dr luar yg banyak memonopoli stesen tv kitaa skg niii...drama2 temaptan..bersiri dan sebagainye..bg sy tidak salah untuk kita paparkan rancangan dr luar yg memang berkuali..tapi biarlah berpada2..jangan melampau..sampaikan kdng2 sy berasa keliru..ini malaysia atau negara mana?? stesyen tv malaysia ke stesen tv negara asing???
Apa-apa pun kita buatlah keputusan yg terbaik..pilihlah apa yg terbaik untuk kita tonton dan ikuti..yg baik kita jadikan ikhtibar yg tak elok kita buang jauh2..Diharap para penggiat seni kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem / drama kita supaya lebih baik dan menjadi yg terbaik dikalangan yg terbaik..sehingga satu tahap biarlah pula drama/filem2 kita yg memonoponi rancangan stesen2 tv diaorang..atau negara luar..i'alah..dgn itu takde la drama2 atau filem luar boleh monopoli stesen tv kita lagi...apa2 pun jika ade kelapangn cuba lah menonton drama bersiri NUR KASIH...mungkin ade sesuatu yg boleh ditemui disitu....akhir kata maafkan sy andai ade yg terguris kata..tersilap bicara..terlebih kata..sy hanya mengolah apa yg sy rasa..dan sy bukanlah insan yg sempurna yg benar dlm segalanyee..wassalam...
Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru..Selamat Hari Ibu..Hari Belia dan Selamat Hari Pekerja..

Menyentuh sambutan hari guru ni teringat sy pada zaman persekolahan suatu ketika dahulu..sewaktu disekolah rendah dan menengah..dulu dn sekarang jauh sgt berbeza..bg sy zaman sekarang terlalu mencabar..profesion perguruan terlalu mencabar sbb pelajar masa kini terlalu mencabar dan lebih advance berbanding dahulu..lebih2 lagi di peringkat sekolah menengah..advance dlm serba serbi..dr segi pengetahuan..pakaian..pergaulan..keberanian dan lain2..berbeza sgt masa zaman sy dahulu..jauh sgt perbezaannye..kwn2 sy sendiri turut risau dgn perubahan yg berlaku...
Kdg2 bila berjumpa ngn kwn2 sy yg menjadi guru.. selalu je diaorng gtau sukar untuk menegur / mendenda pelajar2 sekolah zaman skg ni..salah sikit ngadu kt mak ayah..pukul sikit..naik court..sampai dah tak leh tegur dah..kalau yg melampaui tu logik la kalau mak ayah campur tangan atau samapi naik court..tapi kalau takat biasa2 tu sy rasa melampau la..bukan sy nk bela sesiapa tapi itu pendapat peribadi sy dan hakikat sebenar..
Masa sy belajr dahulu..sy tak pernah hadiri kelas tuisyen pun..kecuali yg sekolah buat jee..sekolah tadika pun tak..teerus masuk darjah satu..ibu bapa sy bukan educated pun..petani biasa yg tidak tahu membaca dan menulis..kt umah tkde meja study pun..study atas lantai cm biasa je..tapi bg sy tu bukan penghalang tuk sy cemerlang dlm akademik / pelajaran..buktinye bila result UPSR keluar sy adalah antara pelajar terbaik sekolah dn anara yg selalu dapat result cemerlang dlm kelas..bukan sy nk berbangga..cuma just nk berkongsi cerita dan pengalaman..sbb sy dtng dr keluarga yg susah..so belajar dlm serba kekurangan..tapi semangt juang sy tuk berjaya tak pernah kurang atau goyah hanya disebabkan kepayahan dan kesusahan hidup..sy tak kisah bawak duit belanje atau tak kat sekolah..tu tak penting..duit sy leh carik walaupun masa tu sy belajo..pandai2 la..
Masa sekolah menengah..sy masuk ke sekolah menengah biasa je..bkn sekolah arab atau berasrama penuh..nape sy gtau sume ni???sbbnye bila keje dulu semua kwn2 ingat sy adalah pelajar sekolah arab..bukan sekolah menengah biasa..sy pun pelik gak nape kan..upa2nye..sbb penguasaan bahasa jawi dan arab sy bagus..sy leh membaca dan menulis jawi dgn bagus..bahasa arab tu tak reti cakap la..hehhee...bila terfikir2 balik..sy ucap berbanyak terima kasih kepada guru2 sy dulu..kalau bukan kerana mereka sy tak akan jadik seperti hari ini...
Masa sekolah rendah kami akan dirotan kt jari dan denda berdiri diatas kerusi silap hari bulan kena jalan itik kalau tak boleh jawab sifir yg ditanya oleh guru dgn cepat..sy ingat lagi masa tu nama cikgu matematik tu..cikgu badli..sbb takutkan dia..kami sume dah leh hafal semu sifir disekolah rendah lagi..naik sekolah menengah pulak ade guru agama tu mmg garang la..nama dia ustaz che ngah..kalau takleh menulis jawi kt depan mmg kitaorng kena belasah kt die..hehehee..kena tumbuk kt belakang..tak kira pompuan atau laki..huhuhu..kena denda atas kerusi tu dah biasa la..tapi hasilnye..skg ni sy teror menulis dan membaca jawi..tima kasih ustaz..kalau bukan sebab ustaz sy rasa sy tak sepandai hari ini..begitu juga dgn tok guru ngaji quran sy kt kg..diaorang nni mmg garang gile la..kalu takleh ngeja ayat alquran tu mmg sah rotan naik kt peha masa tu..huhu..takut masa tu..sbb tu rajin ngeja..hehe..tapi sy ucap tima kasih kt sume cikgu2 sy ni smaada yg bertauliah atau tak..sbb mereka garang la sy jadik cmni..tapi cuma satu je..walau kena denda macam mana pun kami dulu..takde la nak ngadu kt ibu bapa kami..cm biasa jee..sakit pun tahan je laa..kalau ngadu pun mmg kena marah balik..huhu..baik relaks jee..
sy dulu nakal tu mmg nakal la walaupun sy exco pengawas sekolah..tak dapat dinafikan lagi la..hehehe..tak yah cite la mmg nakal gak..biasala jiwa remaja kan..tapi sy ade matlamat sy sendiri..sy nk berjaya..itu yg sy dn kwn2 selalu setkan dikepala.. kami pun pernah ponteng kelas..kena denda ats kerusi..bawah kerusi..atas meja..yg tu dah biasa..jemur tgh panas ramai2 pun dah biasa gak..jemur dpn bilik guru ramai2 pun dah pernah kena..jalan itik pun dah pernah jugak..panjat pagar sekolah pun pernah buat gak..haha..kenakan cikgu dan pelajar2 lain pun selalu juga..gaduh dalm kelas ngn budak laki pun dah biasa..sampai keliling bangunan sekolah..hehehe..bila dikenang2 kan semula rindu lak sume tu..jadik kenangan manis lak..tapi nakal kami dulu takdela sampai melampaui batas dan keterlaluan..tapi nakal2 kami pun..kami lah yg naikkan nama sekolah dgn result akademik yg cemerlang..kelas kami adalah yg terbaik..kelas sains..dan hasillnye alhamdulillah..hari ini kami menjadi insan yg berguna...terima kasih pada semua guru2 sy di sekolah rendah dan menengah dulu..termasukla kt matrikulasi dan upm..kerana anda semua sy menjadi begini pada hari ini..berjaya menjadi manusia berguna..maafkan sy diatas semua kesalahan dan kenakalan sy dan rakan2 dahulu..kami semua dh berjaya cikgu...thanks a lot..
Cuma satu je nasihat dn harapan sy pada adik2 pada masa kini..jangan lari dr target kita..bercinta..bercinta juga..pandai2 la korang..tak kemana cinta tu..haya sekadar cinta suka2 sahaja..cinta tu akan kamu perolehi bila kamu dewasa kelak..bila dah ke menara gading atau bekerja..tu lagi bermakna..byk lagi pilihan yg lebih baik..pandai2 la bawa diri..jagn terlalu manja..dan jgn terlalu bebas,,terutama tuk adik2 perempuan sy..hargaila maruah dan masa depan kita..perjalanan masih jauh lagi..jagn terlalu bebas...begitu juga adik2 lelaki..ingat apa yg kita inginkan dlm hidup ini...biar kita menjadi insan yg berilmu..
Bagi ibu bapa pula..jgn cepat melenting..anak kita tak selalunye benar..seorang guru tidak akan suka2 buat tak elok kt anak kita tanpa sebab kecuali untuk mendidik dan mengajar..itu pun tuk kebaikan diaorng supaya menjadi orang yg berguna kelak..jgn disebabkan kita orng yg berpengaruh dan berkedudukan kita boleh buat sesuka hati je kepada guru..naik court dan sebagainye..siapa kita tanpa mereka..kecuali kalau mmg salah guru..kesalahan yg keterlaluan.. yg tu tak kisah la..dan yg paling penting pendidikan agama tidak boleh diabaikan..itu sahaja penyelamat anak2 kita dr melakukan benda2 yg tak elok..pendidikan tu kita yg kena beri..bukan diserahkan tanggungjawab tu sepenuhnye pada guru sbb diaorng byk tanggungjawab tuk dibuat..bukan anak kita jee..beratus2 orng..so tak termampu diaorng tuk memikul semuanye..akhr sekali maafkan sy andai ade yg terkasar bahasa..sy hanya berbicara mengikut pandangan sy sahaja..sekadar mengolah apa yg ttersirat dihati..SELAMAT HARI GURU..

Dan untuk IBU..terima kasih diatas segala-galanye..pengorbanan yg ibu curahkan selama ini tidak mampu sy balas hingga ke hari ini..tidak terbalas rasanye..cuma skg..anakmu ini akan cuba menjadi seorng anak sebaik mungkin..yg mampu membahagiakan mu selagi hayatmu masih ade..sesungguhnye ketahuilah keranamu ibu aku masih berdiri seperti hari ini..keranamu aku masih kuat harungi perit maung hidup dirantauan..keranamu aku tidak pernah kenal apa itu erti putus asa..dan keranamu jua aku akan berjuang sehabis jaya..sesungguhnye engkaulah semangat hidup ku setelah perginye ayah 8 tahun yg lalu..disaat aku baru menjejakkan kaki ke universiti..doakan anakmu ini berjaya dlm hidup dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga diakhirat..sesungguhnya hidupmu tidak akan kupersia-sia kan terutama di saat senjamu ini..aku akan cuba membahagiakan mu selagi diri ini terdaya...dan SELAMAT HARI IBU buat ibuku yg tersayang dan juga para ibu diseluruh malaysia..
Untuk para pekerja dan belia pula..SELAMAT HARI PEKERJA & BELIA...bekerjalah dgn ikhlas..i'alah kita akan dapat balasan yg setimpal..yg penting kita buat keje kita..jgn curik2 masa keje yg melampau tuk kepentingan diri..nt tak berkat rezeki kita..hehehe..buatla pekerjaan yg mengembirakan kita..maka kita akan hepi bekerja..walaupun tension dan byk masalah kita sanggup redah..jgn memilih sesuatu kerja hnya disebabkan skg ni susah dapat pekerjaan..nt kita tak boleh menjadi pekerja yg cemerlang..ingat..setiap orng telah ditentukan rezekinye masing2..takde sape yg boleh amik..dgn SYARAT kena rajin berusaha dan terus berusaha disamping jgn putus asa berdoa..i'alah..sy dah lalui semua tu..bermula dgn susah sebelum sy menjadi seperti hari ini..alahamdulillah skg ni sy bersyukur dgn rezeki yg telah dikurniakan Allah sbb sy dah dapat apa yg sy nak..sy enjoy dgn keje sy skg ni...cuma sy selalu ingtkan diri sy..mmg skg ni segala2nye perlukan duit..namun kena ingat duit bkn segala2nye dlm hidup kita..duit byk pun kalau kesihatan tak ok..hati tak tenang tak guna juga..so biaralah selari dan seimbang..dunia dan akhirat..rohani dan jasmani..i'alah.. sy sentiasa doakan agar sy tidak lupa diri / menjadi manusia yg tak bersyukur / bongkak..sesungguhnye jadilah belia yg bermanfaat tuk masyarakat..selalulah fikir apa yg kita semua nak dalam hidup ini????fikir2 kan lah dan muhasabah diri...salam kemaafan dr owner firdausi...
Monday, April 20, 2009
Petua Untuk Turunkan Berat Badan & Kempiskan Perut
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
-Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan
bilis.
-Tumbuk kesemua sehingga lumat.
-Perahkan air Limau Nipis.
-Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Sunday, April 19, 2009
Adab Minum Rasulullah
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
Minuman Manis dan Sejuk :
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan
ketempat lain.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Saturday, December 20, 2008
Selamat Tahun Baru -1 Muharram - 2009..Selamat Tinggal 2008

Sesungguhnya bg saya..tahun 2008 mencatat seribu satu cerita yg tidak pernah sy duga..yelaa..kita hanya manusia biasa..yg hanya mampu merencanakan sesuatu tetapi hanya Allah sahaja yg berhak menentukannya..Masih ade lagi impian & cita2 yg tidak sy kecapi pada tahun 2008 ini..terlalu byk..tah sempat atau tidak untuk merealisasikan semuanye supaya menjadi kenyataan hanya dgn saki baki hari yg sedikit sahaja lagi yg tinggal..walaupun begitu.. tahun ini akan sy abadikan sebagai satu sejarah yg cukup bermakna dimana ia telah mengajar sy apa itu erti kebahagiaan..penderitaan..kejayaan..kegagalan dan kesabaran..tima kasih untuk sume insan yg pernah hadir dlm hidup sy selama ini yg telah mengajar sy apa erti semuanye itu..dan kini sy belajar untuk bersyukur kpd Allah dgn apa yg berlaku selama ini kerana dgn semua ini hambamu ini menjadi lebih matang, sabar dan berdikari..
Buat Semua Teman Firdausi..disini sy ade sertakan sama doa akhir tahun & juga awal tahun..sama2 lah kita berdoa sebagai muhasabah diri bagi menutup tirai 2008 dan persediaan pembuka tirai 2009..kelebihan doa ini tidak sy nyatakan disini sbb kesahihan nye tidak dapat dipastikan..cuma kita berdoa je apa yg kita rancangkan & inginkan tuk tahun baru nanti..moga2 doa kita itu akan dimakbulkan Allah dgn usaha yg kita lakukan nanti..i'alah..harap2 dimakbulkan..
Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Nota : Doa Akhir Tahun tersebut dibaca selepas solat asar
Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Nota : Doa Awal Tahun Tersebut dibaca selepas solat maghrib
Friday, December 12, 2008
Doa Pembuka Segala Apa Yg Tertutup

Salam pada semua teman firdausi..disini ade sy sertakan satu doa yg saya rasa mybe ade kegunaannya tuk rakan semua bg mengatasi masalah yg dihadapi..iaitu "Doa Pembuka Segala Apa Yg Tertutup"..selain dpd tu "Doa pendekat jodoh" pula ade dimuatkan di ruangan borak cyber-dia yg terbaik(jodoh oh jodoh)..harap kedua2 doa ini akan dpat membantu rakan2 firdausi yg lain..Bg koleksi doa yg lain pula akan menyusul kemudian dn akan dimuatkan di bahagian Petua & Motivasi..sebahagiannye telah dimasukkan..harap teman firdausi semua dapat bersabar..
Doa Supaya Dikasihi Orang
Thursday, December 11, 2008
Berpadalah Dalam Bercinta
Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan.
Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza.
Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut.
Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya . Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya.
Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya.
Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu. Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.
Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.
Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati.Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang. Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta.
Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan.
Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.
Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman..tetapi lebih baik bercinta dan dikecewakan daripada tidak pernah merasa apa-apa...sekurang-kurangnye kita pernah merasa apa itu erti bahagia..dan apa itu erti deritaa...
Monday, December 1, 2008
DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

Sekadar renungan bersama..kekadang dlm menongkah arus kehidupan yg serba mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari sebenarnya masih ada lagi perkara yg lebih penting dr segala-galanye yg mesti kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan alasan untuk kita tidak menunaikannya..mengerjakannya..iaitu solat 5 waktu...renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat semua teman firdausi dan juga sy sendiri...
Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
a) enam perkara di atas dunia
b) tiga perkara sewaktu hendak mati
b) tiga perkara sewaktu di dalam kubur
c) tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
a) Enam perkara seksaan di atas dunia :
-Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
-Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
-Tiada dipelihara baginya agama Islam
-Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
-Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
-Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
b) Tiga perkara sewaktu hendak mati
-Dimatikan dalam kehinaan
-Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
-Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air ke kerongkongnya sebanyak manapun
c) Tiga perkara sewaktu dalam kubur
-Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
-Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
-Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
Tempayan Nan Retak
bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada
bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu
hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat
membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu
saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana
dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak
yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaanny a dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu
berkata kepada si tukang air,
"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf
kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah
air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah
majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan
itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, ia berkata,
"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan
dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,
dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia
kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali
tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu,
"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si
sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang
tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku
memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang
jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu
mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik
bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu
sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias
Rumahnya seindah sekarang."
Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri. Kita semua
adalah tempayan nan retak. Namun jika kita mahu, Allah akan menggunakan
kekurangan kita untuk menghiasi-Nya. Di mata Allah yang bijaksana, tidak
ada yang terbuang percuma begitu sahaja..hatta setitis air sekalipun..Oleh itu Janganlah kita takut akan kekurangan diri kita. Kenalilah kelemahan kita..Ketahuilah,sesungguhnya di dalam kelemahan, kita akan temui kekuatan kita.
Wednesday, November 12, 2008
Kenapa Hati Perlu Dijaga...??

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya:
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.
Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.
Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:
* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.
Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.
Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). "
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.
Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.
Hati yang sejahtera
Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam- Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.
Hati yang mati
Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum- Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.
Hati yang sakit
Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.
Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline. net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.
Tanda-tanda hati yang rosak:
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Kaedah rawatan penyakit hati:
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Kelebihan Surah Al-Kauthar

سورة الكوثر
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu
dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'Allah hilang dahaga.
c) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar
yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
d) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
e) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
f) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
g) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t.
akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Kelebihan Bulan Syaaban
Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban.
Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan.
Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."















