Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

PRMOSI TRBRU PEMBIAYAAN PERIBADI PELBAGAI KOPERASI, : PROMO KOPERASI:MAX PTGN KELAYAKN SEHINGGA 75%/80% :RATE SERENDAH 4.99 % ==> NOTE:TETAP,KONTRAK,CCRIS,BLCKLIST,HIGH COMMITMENT BOLEH MOHON..SETIAP KOPERASI BERBEZA SYARAT & KRITERIA.. ==>RATE SERNDAH 4.99% STHN,PEMBIAYAAN MAX 200K,10 TAHUN..KOMITMEN LUAR TAK DIAMBIL KIRA .. BERMINAT CALL SY : YATI - 019 233 4763 Note:pembiayaan peribadi di blog hnya tuk kakitangan kerajaan shaja..kakitngan swasta dan bekerja sendiri tak boleh memohon..telah berlaku perubahan promosi dan tempoh pembiayaan skg ni..just 10 thn..boleh rujuk di blog firdausi..promosi yg ade..

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa Hati Perlu Dijaga...??

Photobucket

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:
* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.
Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). "
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera
Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam- Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati
Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum- Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit
Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline. net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati:
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Photobucket

DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

Photobucket

•♫.•♥.••♫.•♥.• Sekadar renungan bersama..kekadang dlm menongkah arus kehidupan yg serba mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari sebenarnya masih ada lagi perkara yg lebih penting dr segala-galanye yg mesti kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan alasan untuk kita tidak menunaikannya..mengerjakannya..iaitu solat 5 waktu...renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat semua teman firdausi dan juga sy sendiri...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :•♫.•♥.••♫.•♥.•

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".•♫.•♥.••♫.•♥.• Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut: •♫.•♥.••♫.•♥.•

Solat Subuh
•♫.•♥.••♫.•♥.• Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. •♫.•♥.••♫.•♥.•

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
•♫.•♥.••♫.•♥.• Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah) •♫.•♥.••♫.•♥.•

Solat Maghrib

•♫.•♥.••♫.•♥.• Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan. •♫.•♥.••♫.•♥.•

Solat Isya'

Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

•♫.•♥.••♫.•♥.• Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :•♫.•♥.••♫.•♥.•

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara .. a) enam perkara di atas dunia
b) tiga perkara sewaktu hendak mati
b) tiga perkara sewaktu di dalam kubur
c) tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
•♫.•♥.••♫.•♥.• a) Enam perkara seksaan di atas dunia :•♫.•♥.••♫.•♥.•

-Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
-Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
-Tiada dipelihara baginya agama Islam
-Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
-Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
-Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya•♫.•♥.••♫.•♥.• b) Tiga perkara sewaktu hendak mati•♫.•♥.••♫.•♥.•

-Dimatikan dalam kehinaan
-Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
-Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air ke kerongkongnya sebanyak manapun•♫.•♥.••♫.•♥.• c) Tiga perkara sewaktu dalam kubur•♫.•♥.••♫.•♥.•

-Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
-Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
-Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:

"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"


•♫.•♥.••♫.•♥.• Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.•♫.•♥.••♫.•♥.•
Photobucket

Kelebihan Surah Al-Kauthar

Photobucket

سورة الكوثر

بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu
dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'Allah hilang dahaga.

c) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar
yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

d) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

e) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

f) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

g) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t.
akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Photobucket

Petua Untuk Turunkan Berat Badan & Kempiskan Perut

Photobucket

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
-Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan
bilis.
-Tumbuk kesemua sehingga lumat.
-Perahkan air Limau Nipis.
-Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Photobucket

Sayangilah Orang yg Lebih Menyayangi Anda

Photobucket

•♫.•♥.••♫.•♥.• Rasanye ramai dikalangan anda yg mengalami keadaan seperti sy kan??kdng2 kita bercinta tapi putus di tengah jalan..dalam masa kita bercinta dgn orng lain ade insan yg menyayangi diri kita..tetapi selagi kita menyayangi kekasih kita tu selagi tu hati kita tak boleh menerima insan lain dlm hidup kita walaupun insan tersebuat amat menyayangi kita dan sangup berkorban tuk kita..menunggu kita...•♫.•♥.••♫.•♥.•




•♫.•♥.••♫.•♥.• Tapi skg ni alhamdulilah aku mampu melakukannye..dgn bantuan dan izin Allah..aku mula terbuka hati dan mula menyayanginye dan telah lupakan cinta lama..menghargai dan menyayangi orng yg menanyangi ku..serta ingin hidup dgn ku..i'alah akan kuhadapi segala dugaan dan ujian yg Allah berikan dlm meniti perhubungn ini dengan perasaan redha dan tenang sbb aku tahu allah lebih mengetahui apa yg lebih terbaik buat diri ini...Moga dia adalah jodoh yg ku cari selama ini..•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Tima kasih wak kerana masih menyayangi diri ini..dr dulu..kini..dan i'alah akan datang...•♫.•♥.••♫.•♥.•

Photobucket

KENAPA MANUSIA NI TERLALU BUSUK ATI???

Photobucket

•♫.•♥.••♫.•♥.• Rasanya dah lama sy tidak menulis di blog kesayanagan sy ni..kebelakangan ni macam2 benda yg berlaku..terutama dalam sebulan dua ni....•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Disaat sy menulis di blog ini hati ini tidak tenang sebenarnyee..selagi tak setel perkara yg perlu disetelkan selagi itulah hati tidak tenang..panas punggung dibuatnyee...kadang2 apa yg kita rancang tidak semestinya berlaku...impian tak seindah kenyataan..kusangkakan panas hingga ke petang rupanye hujan di tgh hari....siapa sangka akan berlaku sebegitu..sbg manusia biasa kita hanya merancang tuhan yg menentukan...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Kadang2 tu sy tertanya-tanya kenapa ade manusia yg hatinye terlalu busuk sekali...tidak bole tgk orng lain senang dan berjaya..ingin dijatuhkannye...dgn menggunakan cara yg kotor..cara halus...kenapa dia sanggup lakukan demikian rupaa???hanya semata2 tak nak orng lain lebih pada die...??? kenapa mesti dengki!!! kalau dengki sgt usaha la sendiri...kenapa mesti jatuhkan orng lain dgn cara yg kotor semata2 kita tak berjayaa...•♫.•♥.••♫.•♥.•

•♫.•♥.••♫.•♥.• Padanla dia tak berjaya..hati sendiri tu pun dah kotor..asyik nk kenakan orng je..kepada orng yg berhati busuk itu...ketahuilah Allah itu Maha Adil dan maha mengetahui..setiap apa yg kita lakukan akan dapat pembalasannye...cepat dan lambat jeee...aku yakin suatu hari nanti kebenaran akan terserlah juga..dan sesungguhnya semangat ini tidak akan pudar dipertengahan jalan...aku akan terus bangkit hingga ke puncak tidak kira apa jua rintangan yg melanda..aku yakin Allah ada bersama hamba2nye...termasuk diriku...•♫.•♥.••♫.•♥.•

Photobucket